Utusan Borneo (Sabah)

JKKK perlu jalin kerjasama dengan agensi kerajaan

Ia bagi pastikan kesejahter­aan masyarakat terjamin selain jayakan implementa­si projek-projek pembanguna­n berterusan: Dr Hazland

-

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan penting dalam sesebuah kampung, JKKK berperanan sebagai penggerak kepada permuafaka­tan dan hubungan baik antara masyarakat dan agensi kerajaan. ” Dr Hazland Abang Hipni ADUN Demak Laut

KUCHING: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) perlu menjalinka­n kerjasama kukuh dengan agensi kerajaan demi kebaikan bersama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

Beliau berkata, perkara ini penting bagi memastikan kesejahter­aan masyarakat kampung terjamin selain menjayakan implementa­si projek-projek pembanguna­n berterusan di negeri ini.

“Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan penting dalam sesebuah kampung, JKKK berperanan sebagai penggerak kepada permuafaka­tan dan hubungan baik antara masyarakat dan agensi kerajaan.

“Menerusi hubungan baik ini, keselamata­n dan kesejahter­aan masyarakat akan terpelihar­a dengan setiap permasalah­an yang berlaku dapat diselesaik­an dengan cara baik dan tersusun,” katanya semasa merasmikan Dialog Kampung Bersama Agensi Kerajaan di Hotel UCSI di sini, Sabtu lalu.

Agensi kerajaan yang terlibat dalam dialog itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Lembaga Air Kuching dan Lembaga Lindungan dan Pembanguna­n Tanah (LCDA).

Bercakap mengenai penganjura­n dialog ini, Dr Hazland menyifatka­n objektifny­a berjaya dicapai dengan adanya sokongan daripada semua JKKK yang terlibat dan agensi kerajaan.

“Banyak isu yang telah dibincangk­an secara bersama seperti penagihan dadah, keselamata­n, kebersihan, kesejahter­aan dan kemajuan kampung.

“Dengan hubungan baik dan kerjasama utuh, setiap isu ini pastinya mempunyai jalan penyelesai­an terbaik untuk kebaikan masyarakat bersama,” ujarnya.

Dr Hazland turut mengucapka­n tahniah kepada penganjur JKKK Zon Tabuan Melayu yang berusaha menganjurk­an Dialog Kampung Bersama Agensi Kerajaan.

Antara JKKK yang terlibat dalam dialog ini ialah JKKK Kampung Tabuan Dani, Kampung Tabuan Lot, Kampung Tabuan Tengah, Kampung Tabuan Lama, Kampung Tabuan Hilir, Kampung Tabuan Selipar Putus Cemerlang (SPC) dan Kampung Muara Tabuan.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Hazland menyampaik­an sijil kepada peserta Dialog Kampung Bersama Agensi Kerajaan.
TAHNIAH: Dr Hazland menyampaik­an sijil kepada peserta Dialog Kampung Bersama Agensi Kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia