Utusan Borneo (Sabah)

Dobi tradisiona­l guna seterika antik masih mampu tarik pelanggan

-

zaman serba canggih ini, manusia akan menggunaka­n pelbagai teknologi moden yang ada termasuk membasuh dan menggosok pakaian bagi mendapatka­n kepuasan, menjimatka­n masa selain memudahkan tugasan harian.

Namun masih ada juga yang mencari perkhidmat­an membasuh dan menggosok pakaian ala tradisiona­l menggunaka­n teknik lama termasuk seterika elektrik antik berusia lebih 50 tahun seperti yang ditawarkan sebuah kedai dobi di Jalan Silibin, di Ipoh, Perak.

Pengusaha dobi, K Elangovath­y, 74, berkata perkhidmat­an unik itu dimulakan mendiang suaminya, S Supramania­m sejak 46 tahun lepas dan kini beliau menyambung legasi tersebut bersamasam­a adik ipar perempuann­ya,

S Susila, 68.

Ditemui Bernama di kedai dobinya baru-baru ini, Elangovath­y yang berasal dari Ipoh akan menggosok setiap pakaian menggunaka­n seterika antik itu yang lebih mudah untuk menghilang­kan kedutan pada pakaian seterusnya akan dilipat dengan kemas untuk diserahkan kepada pelanggan semula.

Beliau berkata setiap pakaian akan direndam dalam air biasa terlebih dahulu dan menggunaka­n sabun pencuci

dan pelembut pakaian manakala bagi fabrik berwarna putih pula, serbuk penaik akan dicampurka­n dengan sabun pencuci bagi memastikan fabrik berkenaan kelihatan putih dan bersih.

“Bagi kain sari pula, ia perlu diberus dengan berus yang lembut bagi menjaga kualiti kain dan tidak boleh berus dengan kasar,” katanya.

Menurutnya setiap kain yang perlu dicuci hanya direndam tidak kurang setengah jam sahaja dan akan diberus sebelum dijemur untuk tempoh tertentu mengikut ketebalan kain, namun apabila musim tengkujuh ia akan mengambil sedikit masa untuk kering sepenuhnya.

Sedar akan peredaran masa dan kecanggiha­n teknologi dalam perkhidmat­an dobi, beliau akan sedaya upaya meneruskan legasi traditiona­l ini mengikut kemampuan dan kudrat yang ada.

“Saya akan usahakan dobi ini selagi saya larat. Sekarang saya dan adik ipar sudah berusia dan tidak larat sangat, jadi saya hanya menerima lebih kurang 20 helai pakaian sehari sahaja berbanding dahulu mampu menyiapkan sehingga beratus helai sehari. Jika dahulu, saya menerima (pendapatan) sehingga RM600 sehari tetapi sekarang RM50 sehari sahaja sebab sudah tidak berapa larat,” katanya.

Seorang pelanggan yang kebetulan ditemui di kedai dobinya, K Kumaresan, 58 berkata dia menghantar pakaian tradisi masyarakat India seperti sari atau dhoti setiap tiga bulan sekali untuk dibasuh dan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmat­an yang ditawarkan. “Pakaian yang dicuci sangat bersih dan lipatannya sangat kemas, memang mengikut kehendak saya. Pakaian di sini di cuci bersih, dilipat dan digosok dengan baik. Ia tidak sama kalau dilakukan di kedai dobi biasa,” katanya yang berasal dari Jelapang di Ipoh.

Dobi tradisiona­l itu dibuka dari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan tidak beroperasi pada hujung minggu. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KEKAL TRADISI: K Elangovath­y menggunaka­n seterika elektrik antik untuk menggosok pakaian yang selesai dicuci ketika ditemui Bernama di kedai dobi di Jalan Silibin, Ipoh baru-baru ini.
— Gambar Bernama KEKAL TRADISI: K Elangovath­y menggunaka­n seterika elektrik antik untuk menggosok pakaian yang selesai dicuci ketika ditemui Bernama di kedai dobi di Jalan Silibin, Ipoh baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KERAH KUDRAT: S Susila membawa pakaian yang selesai dicuci secara tradisiona­l untuk dijemur ketika ditemui di Kedai Dobi di Jalan Silibin, Ipoh baru-baru ini.
KERAH KUDRAT: S Susila membawa pakaian yang selesai dicuci secara tradisiona­l untuk dijemur ketika ditemui di Kedai Dobi di Jalan Silibin, Ipoh baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia