Utusan Borneo (Sabah)

Rege-Jean Page tiada dalam musim kedua ‘Bridgerton’

-

PELAKON Rege-Jean Page tidak akan membuat penampilan dalam musim kedua siri romantik yang memecah rekod ‘Bridgerton’, kata Netflix, mengecewak­an peminat Duke of Hastings yang menawan itu. Drama popular daripada pencipta ‘Grey’s Anatomy’, Shonda Rhimes, menampilka­n unsur moden ke dalam siri novel tentang keluarga kelas atas pada awal abad 19-an di England, termasuk pemilihan pelakon tanpa mengira warna kulit. Pelakon BritishZim­babwe, Page, terus mencipta nama selepas muncul dalam musim pertama, namun jalan cerita karektorny­a telah pun disimpulka­n dalam permulaan siri buku karya Julia Quinn, yang setiap satunya mengulas tentang adik beradik berasingan dalam keluarga Bridgerton. “Pembaca yang disayangi, dengan semua mata memandang misi Lord Anthony Bridgerton dalam mencari seorang Viscountes­s, kita mengucapka­n selamat jalan kepada Rege-Jean Page, yang telah dengan cemerlang membawa watak Duke of Hastings,” menurut satu surat dari akaun Twitter rancangan itu. “Kita akan merindui kehadiran Simon di skrin, tetapi beliau akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga Bridgerton.” Pada Januari, Netflix mengumumka­n bahawa ‘Bridgerton’ telah menjadi siri baharu paling popular di platform itu, ditonton lebih daripada 82 juta kediaman. Ia menampilka­n beberapa pelakon berkulit hitam dalam watak berkelas tinggi termasuk Page, sungguhpun penghambaa­n hanya dimansuhka­n pada 1833 di England dan isu perkauman tersebar luas. “Ingat: Duke tidak pernah pergi,” tulis Rhimes di Instagram. “Beliau hanya menunggu untuk ditonton semula.” Namun sebahagian peminat kecewa, dengan seorang mengulas: “Ini suatu jenaka, kan? Jika tidak kamu telah mematikan rancangan itu.” Musim pertama menyaksika­n Daphne Bridgerton (Phoebe Dynevor) membuat penampilan sulung di Regency London, mencari seorang suami, dan musim kedua akan fokus kepada abangnya Lord Anthony Bridgerton (Jonathan Bailey). “Daphne akan kekal menjadi isteri dan adik yang taat, membantu hala tuju abangnya dalam musim akan datang dan menampilka­n lebih banyak persoalan dan percintaan untuk kesemua pembaca saya,” ulas kenyataan itu lagi.

 ??  ??
 ??  ?? BRIDGERTON: Musim pertama menyaksika­n Daphne, lakonan Phoebe Dynevor (tengah) membuat penampilan sulung di Regency London, mencari seorang suami, dan musim kedua akan fokus kepada abangnya Lord Anthony (kanan) yang dilakonkan oleh Jonathan Bailey.
REGE-JEAN PAGE
BRIDGERTON: Musim pertama menyaksika­n Daphne, lakonan Phoebe Dynevor (tengah) membuat penampilan sulung di Regency London, mencari seorang suami, dan musim kedua akan fokus kepada abangnya Lord Anthony (kanan) yang dilakonkan oleh Jonathan Bailey. REGE-JEAN PAGE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia