Utusan Borneo (Sabah)

Musim 10 ‘The Walking Dead’ yang panjang akhirnya sampai penamat

-

kesepuluh ‘The Walking Dead’ yang tertunda ekoran pandemik akhirnya sampai ke pengakhira­n pada Ahad, selepas 19 bulan tertangguh sejak tayangan perdana dan membuatkan rancangan apokalips zombi itu lebih perlahan, kata bintangnya. Adaptasi komik itu, dengan hero popularnya Rick Grimes telah lama pergi, masih kekal siri paling banyak ditonton di Amerika (tidak termasuk saluran premium seperti HBO) dan sedang melangkah masuk pengakhira­n yang dinantinan­tikan dengan musim 11 akan menyusul. “Ia lebih relevan dalam pandemik ini,” kata Paola Lazaro, ahli baharu dalam musim ini sebagai Juanita Sanchez, atau Princess. Siri ini “mengajar kita bagaimana untuk menyatukan semula masyarakat selepas keadaan menjadi teruk, ataupun dimusnahka­n,” katanya. ‘The Walking Dead’ berkisar tentang pengembara­an menggerunk­an sekumpulan manusia yang telah menempuhi malapetaka akibat virus yang menukar orang mati menjadi zombi yang laparkan manusia dan boleh menjangkit­i. Apabila virus sebenar, COVID-19, menghentik­an rakaman selama beberapa bulan, musim kesepuluh telah dibahagi kepada dua bahagian, dan enam episod terakhir dirakam di bawah protokol kesihatan ketat. Hasilnya, banyak babak hanya dapat menampilka­n satu atau dua karektor dalam pada masa yang sama. “Episod COVID membuka peluang kepada kita untuk mendalami karektor ini dan bermonolog,” kata Lazaro, menggambar­kan pengalaman itu sebagai “sesuatu yang seronok buat saya.” Itu bermakna banyak cerita susulan dan perkembang­an karektor ditayangka­n dalam episod akhir. Namun peminat ‘Walking Dead’ telah sedia maklum, tiada karektor, tidak kira betapa popular mahupun utama, selamat daripada kematian tibatiba yang menggerunk­an. Lazaro mengakui dia sendiri tidak pasti sama ada Princess akan tampil dalam musim ke-11 pengakhira­n semua siri, yang dijangka ditayangka­n lewat tahun ini dan dalam 2022. “Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan karektor ini, saya hanya menurut ayat demi ayat, saat demi saat,” katanya Sungguhpun musim ke-11 merupakan penamat ‘The Walking Dead’, zombi akan terus menghantui skrin TV, berikutan perkembang­an berterusan siri-siri dalam alam yang sama. Rancangan baharu berdasarka­n karektor Daryl Dixon dan Carol Peletier dijangka dalam 2023, selain rancangan yang sedang ditayangka­n ‘Fear The Walking Dead’ dan ‘The Walking Dead: World Beyond’.

 ?? — Gambar AFP ?? TAMATNYA MUSIM 10 YANG PANJANG: Gambar fail yang diambil pada 24 Julai 2014 ini menunjukka­n gerai jualan untuk pertunjuka­n televisyen ‘The Walking Dead’ semasa hari pertama acara tahunan ke-45 Comic-Con di San Diego, California. Musim kesepuluh ‘The Walking Dead’ yang tertunda ekoran pandemik akhirnya sampai ke pengakhira­n pada 4 April lepas, selepas 19 bulan tertangguh sejak tayangan perdana dan membuatkan rancangan apokalips zombi itu lebih perlahan, kata bintangnya.
— Gambar AFP TAMATNYA MUSIM 10 YANG PANJANG: Gambar fail yang diambil pada 24 Julai 2014 ini menunjukka­n gerai jualan untuk pertunjuka­n televisyen ‘The Walking Dead’ semasa hari pertama acara tahunan ke-45 Comic-Con di San Diego, California. Musim kesepuluh ‘The Walking Dead’ yang tertunda ekoran pandemik akhirnya sampai ke pengakhira­n pada 4 April lepas, selepas 19 bulan tertangguh sejak tayangan perdana dan membuatkan rancangan apokalips zombi itu lebih perlahan, kata bintangnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia