Utusan Borneo (Sabah)

Kegiatan mengeluark­an PLKS palsu lumpuh

Lima individu termasuk Datuk ditahan godam sistem pangkalan data imigresen: SPRM

-

KUALA LUMPUR: Kegiatan mengeluark­an Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu akhirnya berjaya dilumpuhka­n selepas lima individu termasuk ketua sindiket bergelar Datuk ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilaksanak­an awal pagi semalam.

Penahanan individu berkenaan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut berjaya merungkai permasalah­an yang dihadapi Jabatan Imigresen sebelum ini terhadap sistem PLKS mereka yang telah digodam sindiket berkenaan.

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek berusia 33 hingga 43 tahun itu ditahan bersama dua perisian sistem komputer klon dan transmitte­r (pemancar) yang digunakan sindiket, dalam operasi di 22 lokasi di sekitar ibu kota, hasil risikan suruhanjay­a itu bersama Jabatan Imigresen.

“Kegiatan yang dilakukan oleh kesemua suspek telah menyebabka­n kerugian sehingga ratusan juta Ringgit kepada kerajaan dalam bentuk levi pekerja asing.

“Sindiket ini turut berkerjasa­ma dengan ‘orang dalam’ dengan mengodam pangkalan data imigresen dengan memasang transmitte­r bagi membolehka­n anggota sindiket menukar kata laluan pegawai dan memasukkan nama serta butiran peribadi pekerja asing seolah-olah mereka mendapat PLKS secara sah,”kata sumber itu.

Menurutnya lagi, pas berkenaan akan dicetak di pusat operasi sindiket, yang beroperasi di sebuah hotel terkemuka di Jalan Sultan Ismail, di sini, sebelum menjualnya dengan bayaran antara RM6,000 hingga RM8,000 bagi setiap PLKS kepada warga asing yang bekerja di negara ini secara haram.

“Bagaimanap­un pusat operasi mereka sentiasa berubah dari satu tempat ke tempat yang lain termasuk menyasarka­n hotel mewah bagi mengelakka­n dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Sumber berkata selain itu, sindiket juga berupaya membuka dan menutup status ‘senarai hitam’ seseorang individu bagi membolehka­n mereka melepasi sekatan imigresen di lapangan terbang negara ini dengan bayaran tertentu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n penahanan kesemua suspek dan memaklumka­n kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

“Siasatan ke atas kes ini akan dibuat secara menyeluruh selain memastikan kesemua ahli sindiket termasuk ‘orang dalam’ dikenakan tindakan yang sewajarnya,” katanya. — Bernama

Kegiatan yang dilakukan oleh kesemua suspek telah menyebabka­n kerugian sehingga ratusan juta Ringgit kepada kerajaan dalam bentuk levi ” pekerja asing. Sumber SPRM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia