Utusan Borneo (Sabah)

YPM peruntuk hampir RM2 juta bantu lebih 1,800 pelajar

-

KOTA BHARU: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntu­kkan hampir RM2 juta untuk membantu perbelanja­an persekolah­an bagi lebih 1,800 pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah (B40) menerusi Skim Anak Angkat YPM.

Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr Mohd Nizar Sudin berkata menerusi skim tersebut, pelajar akan menerima wang saku bulanan RM80 bagi sekolah rendah dan RM100 bagi sekolah menengah.

Beliau berkata skim tersebut bermatlama­t untuk memperting­katkan taraf pencapaian dan prestasi pendidikan pelajar di samping memastikan setiap pelajar itu menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Tawaran Biasiswa Pelajar menerusi Program

Pendidikan Pesisir Pantai (4P) di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) di sini, semalam.

Mohd Nizar menyampaik­an replika cek bernilai RM96,000 kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Sektor Pembelajar­an, Hassany Hashim untuk diagihkan kepada 17 pentadbir sekolah pesisir pantai yang terpilih menerusi 4P. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Dr Mohd Nizar (kiri) menyampaik­an replika cek bernilai RM96,000 kepada Mohd Hassany (kanan) pada majlis tawaran biasiswa untuk pelajar Program Pendidikan Pesisir Pantai di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPG KKB), dekat Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama BANTU: Dr Mohd Nizar (kiri) menyampaik­an replika cek bernilai RM96,000 kepada Mohd Hassany (kanan) pada majlis tawaran biasiswa untuk pelajar Program Pendidikan Pesisir Pantai di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPG KKB), dekat Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia