Utusan Borneo (Sabah)

Hospital swasta sedia bantu orang awam daftar vaksin COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap dapat bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) berhubung pendaftara­n pesakit awam dan swasta di hospital swasta bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Presiden APHM Dr Kuljit Singh berkata ia kini sedang berhubung dengan Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), untuk mendapatka­n butiran lanjut dan dicadangka­n dimulakan dengan segera.

“Kami berharap dapat meningkatk­an pilihan untuk pesakit awam dan swasta mendaftar secara manual dengan bantuan kakitangan kami di hospital swasta dan dimasukkan ke dalam sistem.

“Ini adalah untuk vaksin percuma yang disediakan kerajaan. Hospital swasta kini dalam perbincang­an untuk mengesahka­n komitmen kami untuk memberi vaksin kepada orang ramai menggunaka­n vaksin yang disediakan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ia susulan selepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata KKM akan mengenal pasti punca majoriti rakyat Malaysia masih belum mendaftar untuk vaksin COVID-19.

Dilaporkan juga KKM menyasarka­n 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia mendaftar untuk program imunisasi itu, namun setakat ini hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta telah mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a.

Dr Kuljit berkata terdapat kira-kira 210 hospital swasta di negara ini dengan 152 ahli APHM yang semuanya berada di kedudukan strategik di seluruh negara termasuk bandar utama di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata terdapat 1.1 juta kemasukan di hospital swasta dan 3.8 juta lawatan pemeriksaa­n pesakit luar pada 2018.

“Kami percaya dengan jumlah ini, usaha kami untuk mendapatka­n lebih ramai rakyat dan penduduk lain di negara ini yang berdaftar untuk vaksin akan meningkatk­an program vaksinasi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, APHM juga diharap dapat membantu pesakit di hospital swasta dengan program vaksinasi dan hospital swasta juga dapat memulakan program vaksinasi swasta selari dengan petugas barisan hadapan ekonomi sebaik sahaja ketersedia­an vaksin tercapai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia