Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda dipenjara gara-gara pecah rumah dan mencuri

-

Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan melakukan pecah rumah dan mencuri.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Roberto Sylvester Taie, 23, dari Lawas, didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun

Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun atau penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan pecah rumah dan mencuri dua set anak panah, sebilah pisau pemotong gading, sebuah beg mengandung­i pakaian, sebuah beg sandang dan sebuah beg bertulis Adidas kepunyaan Suryatini Mos.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 pagi, 1 Februari lalu di sebuah rumah di Lorong Desa Pujut 1L, Desa Pujut 2, Bandar Baru Permyjaya di sini.

Hasil siasatan yang dilakukan, tertuduh mengaku mencuri dengan tujuan mendapatka­n wang dengan menjual barangan yang dicurinya.

Mahkamah kemudian memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh dia ditangkap pada 1 Februari lalu.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia