Utusan Borneo (Sabah)

Tiga warga Filipina bergaduh di tempat awam didenda

-

Tiga warganegar­a Filipina dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara setelah mengaku bersalah bergaduh di tempat awam.

Mubin Madjatul, 35; Marvin Sahiril, 37, dan Mar Madjaratul, 33, dibenarkan bebas setelah membayar denda masing-masing.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa bergaduh di hadapan sebuah kedai makan di Lorong Indah Timur 3 pada 28 Mac 2021, kira-kira jam 8.15 malam.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Seksyen 160 ini memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu telah memarahi tiga lelaki tidak dikenali kerana bergaduh dengan sekumpulan lelaki lain di hadapan kedai tempat kerjanya.

Tiga lelaki terbabit kemudian bertindak menyerang pengadu dengan memukulnya kepala dan belakang badan dengan menggunaka­n kayu dan batang paip PVC.

Kira-kira jam 12.50 tengah malam, beberapa suspek telah ditangkap termasuk ketiga-tiga tertuduh bagi membantu siasatan.

Sisatan kemudian mendapati tiga tertuduh telah bergaduh dengan lima lelaki lain di mana kejadian itu turut disaksikan empat saksi lain.

Ketiga-tiga tertuduh datang dan menyerang pengadu yang sebelum itu memarahi mereka agar tidak membuat bising dan bergaduh di hadapan kedai.

Kejadian turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai makan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia