Utusan Borneo (Sabah)

Pejalan kaki maut dirempuh ambulans di KM52 Jalan Sri Aman-Kuching

-

Seorang pejalan kaki maut akibat dirempuh ambulans ketika melintas jalan di Kilometer 52 Jalan Sri Aman-Kuching berdekatan kawasan Rapak Tepus A, Sri Aman pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Juan Mudin, 69, dari

Rumah Jun, Rapak Tepus, Pantu, Sri Aman.

Menurutnya, dalam kemalangan sekitar jam 8.45 malam itu, mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sri Aman.

“Semasa kemalangan berlaku, ambulans Klinik Kesihatan Pantu dikatakan bergerak menuju ke Lachau untuk memgambil mangsa kemalangan jalan raya.

“Bagaimanap­un, semasa dalam perjalanan­an, ambulans itu telah terlanggar mangsa yang cuba melintas jalan menyebabka­n dia mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia selepas itu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutny­a.

Manakala pemandu dan penumpang ambulan difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelas Alexson juga, laporan berhubung kejadian hanya diterima pada Isnin sekitar jam 9.58 pagi.

“Susulan itu, pegawai penyiasat telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalanka­n siasatan dan juga mengambil sampel darah mamgsa serta pemandu ambulans bagi tujuan memeriksa kandungan alkohol atau dadah,” katanya.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia