Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki acu parang sebelum larikan 4WD

-

Dua suspek bersenjata­kan parang merompak sebuah rumah di Pujut 5 sebelum melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) kira-kira 2.30 pagi semalam.

Ketua Jawatankua­sa Penduduk (JKP) Miri Malateh Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anak mangsa yang melaporkan mengenai rompakan bersenjata itu.

Sepasukan enam anggota

Unit Peronda JKP Miri kemudian bergegas ke lokasi dan menghubung­i pihak polis untuk tindakan susulan.

Dalam perincian kes Malateh berkata, dua suspek memasuki rumah mangsa melalui tingkat atas sebelum mengacukan parang kepada mangsa.

“Suspek juga menggeleda­h rumah setelah mengarahka­n mangsa berbaring lalu merampas dua telefon bimbit, wang tunai dan melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda,” jelasnya.

Malateh berkata, semasa kejadian rumah berkenaan didiami seorang lelaki warga emas dan seorang pembantu rumah.

 ??  ?? HILANG: Sebuah kereta pacuan empat roda yang dilarikan dua suspek dalam kejadian rompakan bersenjata­kan parang di Pujut 5, awal semalam.
HILANG: Sebuah kereta pacuan empat roda yang dilarikan dua suspek dalam kejadian rompakan bersenjata­kan parang di Pujut 5, awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia