Utusan Borneo (Sabah)

Alexander-Arnold seharusnya ‘lebih serius’

-

Trent Alexander-Arnold diberitahu untuk ‘lebih serius dengan pertahanan­nya’olehbekasp­emainperta­hanan antarabang­sa England, Gary Neville.

Neville percaya ketiadaan pemain pertahanan Liverpool itu dalam skuad England baru-baru ini mungkin membayangk­an apa yang berlaku menjelang Euro 2020 pada musim panas nanti.

Alexander-Arnold tidak tersenarai dalam skuad England untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 ketika menewaskan San Marino, Albania dan Poland, dengan Kyle Walker, Kieran Trippier dan Recce James dipilih untuk posisi pertahanan kanan.

Keputusan jurulatih kebangsaan Gareth Southgate itu menyebabka­n perhatian tentang di mana Alexander-Arnold sesuai dalam perancanga­n Southgate menjelang kejohanan tertangguh dari tahun lepas kerana pandemik COVID-19, dan Neville membangkit­kan prospek pemain berusia 22 tahun itu tidak akan tersenarai sekali lagi.

Neville, yang juga bekas pemain pertahanan Manchester United, menambah: “Saya tidak fikir beliau (Southgate) akan menyenarai­kan Alexander-Arnold, saya fikir menggugurk­annya pada perlawanan persahabat­an bulan Mac dan April adalah bayangan untuk tidak membawanya bersama ke Euro.

“Saya tidak fikir Gareth mahu membuat kejutan saat akhir, saya fikir beliau sudah biasa dengan hakikat bahawa pemain berbakat ini mungkin tidak akan bermain di Euro, melainkan, Walker, Trippier atau James mengalami kecederaan.

“Apabila saya melihat Trent Alexander-Arnold, jurulatih lawan akan memikirkan ‘serang di posisi itu’. Beliau harus lebih serius tentang pertahanan­nya.

“Dalam kejohanan seperti ini, di peringkat kalah singkir, sama ada di suku akhir atau separuh akhir, siapa yang akan England lawan? Mereka mungkin akan menentang Jerman, Belgium, Perancis atau Portugal.

“Siapa yang akan mereka hadapi? Eden Hazard, Leroy Sane, Kylian Mbappe, Diogo Jota atau Cristiano Ronaldo. Siapa yang mereka mahu hadapi? Mereka akan berkata ‘saya akan mengasak Trent, beliau akan memberi ruang.’

“Saya percaya Gareth dengan skuadnya. Beliau sudah menyertai banyak kejohanan sebagai pemain, beliau adalah satu-satu jurulatih sedia ada yang membawa England ke separuh akhir Piala Dunia dan memenangi perlawanan penting.

“Saya fikir sebab beliau tidak membawa Alexander-Arnold ialah untuk memenangi kejohanan dan saya fikir beliau akan membawa pemain yang beliau percaya seperti Walker, Trippier, mungkin James kerana beliau mempunyai lebih kekuatan dan tenaga untuk berdepan Mbappe atau Ronaldo.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia