Utusan Borneo (Sabah)

PERKESO salur lebih RM1 bilion untuk manfaat rakyat Sabah

Termasuk insentif kewangan kepada majikan dan pekerja

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Lebih RM1 bilion disalurkan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) kepada rakyat Sabah menerusi bantuan dan insentif di bawah pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan.

Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, bantuan disalurkan itu termasuk insentif kewangan kepada majikan dan pekerja untuk kelangsung­an operasi perniagaan.

Selain itu katanya, ia juga membantu majikan mengekalka­n pekerja sedia ada dan mengambil pekerja baharu.

“Sehingga kini, PERKESO berjaya mengagihka­n sebanyak RM14.6 bilion kepada para majikan dan pekerja di seluruh negara menerusi pelbagai inisiatif kerajaan yang dilaksanak­an oleh PERKESO.

“Setakat 2 April, PERKESO juga menempatka­n semula seramai 46,971 individu ke alam pekerjaan, manakala jumlah kekosongan jawatan yang didaftarka­n majikan pula menjangkau sebanyak 457,753 kekosongan,” katanya.

Beliaumema­klumkanper­kara itu semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di sini semalam.

Menurutnya, bagi Sabah, setakat 1 April 2021, pekerja aktif yang dilindungi ialah seramai 280,744 orang, manakala majikan aktif yang dilindungi seramai 33,893.

Sementara itu, Hajiji bagi pihak kerajaan negeri menghargai peranan PERKESO dalam menyediaka­n keselamata­n sosial untuk rakyat Sabah.

“Ia membabitka­n perlindung­an terhadap bencana kerja, keilatan termasuk sebarang kematian dan pemberian elaun kehilangan pekerjaan, insentif yuran latihan, mobiliti dan program penempatan pekerjaan.

“Faedah PERKESO juga menjadi pengganti pendapatan bagi mereka yang hilang upaya, ilat,kematian, ataupunkeh­ilangan pekerjaan,” katanya.

Turut hadir Pengarah PERKESO Negeri Sabah Dr. Mohd Ali Hindia, Pengurus Cawangan Penguatkua­sa PERKESO Negeri Sabah Abd Rahman Ramli, dan KetuaCawan­ganPerhubu­ngan Awam dan Khidmat Pelanggan PERKESO Negeri Sabah Awang Japar.

 ??  ??
 ??  ?? KUNJUNGAN: Hajiji (tiga kanan) bergambar bersama Mohammed (tiga kiri) dan rombongan selepas kunjungan itu.
KUNJUNGAN: Hajiji (tiga kanan) bergambar bersama Mohammed (tiga kiri) dan rombongan selepas kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia