Utusan Borneo (Sabah)

Penyelidik Antartika rintis Kokol Hobbiton Forest

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuk merentas hutan, air terjun

-

PENGGEMAR aktiviti lasak dan pencinta keindahan alam semula jadi, Kokol Hobbiton Forest yang terletak di kawasan Manggatal, dekat Kota Kinabalu, kini menjadi satu destinasi wajib untuk dikunjungi.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini antaranya memancing, berkhemah, mandi-manda, berkelah dan merentas hutan termasuk kawasan air terjun, menjadikan­nya pusat rekreasi mesra sekeluarga.

Pusat rekreasi persendiri­an itu dirintis oleh pensyarah Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah Profesor Madya Dr. Justin Sentian yang juga pernah menjalanka­n penyelidik­an berkaitan suhu dan perubahan cuaca di Antartika.

Membesar di Kampung Bundu Tuhan, Kundasang menjadikan Dr. Justin seorang yang kental, lasak, gemar akan cabaran dan sentiasa menghargai masa.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac tahun lalu, saya menghabisk­an masa seharian di kawasan hutan persekitar­an rumah dan membuat sendiri laluan masuk ke Kokol Hobbiton Forest menggunaka­n jentera berat.

“Tuntutan tugas sebagai ahli akademik sering menuntut saya mengembara ke banyak tempat untuk menghadiri pelbagai persidanga­n dan kajian ilmiah sekali gus banyak memberi inspirasi kepada pembukaan pusat rekreasi ini.

“Bagi Kokol Forest Cottage pula, dekorasi dan idea binaan setiap sudut rumah dibuat sendiri dengan mengambil inspirasi cita rasa Inggeris serta idea daripada rakan-rakan arkitek,” katanya yang pernah menetap selama tiga tahun di Lancaster, England.

Sementara itu, seorang pengamal undang-undang, Junariah Datu Derin, 43, menjelaska­n Kokol Hobbiton Forest menyajikan pemandanga­n istimewa di sepanjang laluan pendakian di mana pengunjung akan berterusan menyusuri hulu sungai dan kawasan air terjun.

“Keadaan laluan pendakian yang seakan masih belum dilalui pengunjung sangat mencabar kecergasan dan fizikal kumpulan kami.

“Persekitar­an hutan dan air terjun sepanjang perjalanan menambah suasana dingin walaupun pada waktu tengahari dan ia menjadikan Kokol Hobbiton Forest sangat berbaloi untuk dikunjungi.

“Apatah lagi, tidak terdapat sedikit pun sampah domestik kelihatan dan ini sangat semula jadi,” katanya yang merupakan ahli Nemophotol­ist kumpulan pendaki bukit sekitar Bandaraya

Kota Kinabalu yang juga merupakan kumpulan pertama meneroka laluan berbukit Kokol Hobbiton Forest pada Februari lepas.

Cabaran rentas hutan dan air terjun di kokol Hobbiton Forest agak ekstrem bermula seawal perjalanan dengan lereng bukit curam, anda perlu berhati-hati dengan keadaan batu yang agak licin dan beberapa laluan pendakian ‘rock climbing’ selain perlu berpaut pada akar kayu.

Bagi Junariah yang berasal dari Kampung Kota Peladok Kota Belud, inspirasi suasana Inggeris dapat dirasai seawal berada di kawasan taman bunga terbuka di persekitar­an kediaman Justin.

Menurut isteri Dr. Justin, Marcela G. Ambrose, kepada penggemar aktiviti pendakian bukit pihaknya turut menyediaka­n dua orang penunjuk arah berpengala­man yang juga merupakan bekas pelajarnya di SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

“Pada masa ini kami sedang membina rumah hijau sebagai tempat untuk nurseri bungabunga­an yang diperolehi dari pelbagai sumber untuk disemai dan dipasarkan kepada umum.

“Kami berharap Kokol Hobbiton Forest ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk sekitar untuk menjana pendapatan,” katanya yang telah berkhidmat lebih 10 tahun sebagai pendidik. — Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? INDAH: Pemandanga­n matahari terbenam di Kokol Hobbiton Forest.
INDAH: Pemandanga­n matahari terbenam di Kokol Hobbiton Forest.
 ??  ?? JAMBATAN GANTUNG: Jambatan gantung yang dapat dilihat semasa merentasi kawasan air terjun.
JAMBATAN GANTUNG: Jambatan gantung yang dapat dilihat semasa merentasi kawasan air terjun.
 ??  ?? KOKOL FOREST COTTAGE
KOKOL FOREST COTTAGE
 ??  ?? PERINTIS: Profesor Madya Dr. Justin Sentian bersama isterinya Marcela.
PERINTIS: Profesor Madya Dr. Justin Sentian bersama isterinya Marcela.
 ??  ?? JUNARIAH
JUNARIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia