Utusan Borneo (Sabah)

Nuzul Al-Quran dalam suasana norma baharu

Agensi agama susun pelbagai program mengikut SOP untuk menyemarak­kan bulan Ramadan

-

KOTA KINABALU: Sambutan Nuzul Al-Quran akan diimarahka­n di semua masjid dan surau di negeri ini dalam suasana norma baharu.

Menurut Menteri TugasTugas Khas Datuk Arifin Mohd Arif, agensi agama seperti Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)akanmenyus­un program sempena Ramadan ini termasuk sambutan nuzul Al-Quran sesuai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Beliau bagaimanap­un menegaskan, program berkenaan tidak akan diadakan di daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seperti kelazimann­ya, JHEAINS akan meneruskan program-program berbentuk keilmuan kerana bulan Ramadan ini adalah bulan ilmu pengetahua­n.

“Kita akan menganjurk­an Istifal Nuzul Al-Quran dengan seminar-seminar, pertanding­an-pertanding­an yang sesuai dengan SOP untuk menyemarak­kan bulan Ramadan ini.

“Ini membolehka­n umat Islam mengimarah­kan seluruh masjid dan surau sepanjang ramadan terutama sambutan nuzul Al-Quran, kecuali bagi daerah yang dikenakan PKP,” katanya.

Tambahnya, selain itu Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) juga akan melaksanak­an program bantuan kepada fakir miskin dan menyesuaik­annya dengan pembudayaa­n norma baharu.

Mengenai solat Tarawih yang kini dibenarkan di masjid, beliau menjelaska­n, JHEAINS akan membuat pemantauan pematuhan SOP dari semasa ke semasa menerusi penyelia, imam dan jawatankua­sa masjid.

Beliau ditemui media selepas menyampaik­an kurma kepada empat agensi petugas bariasan hadapan antaranya Polis Kontinjen Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sempena Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan 1442H di Wisma Muis, semalam.

 ??  ?? KURMA: Arifin (kiri) menyampaik­an kurma kepada pasukan polis.
KURMA: Arifin (kiri) menyampaik­an kurma kepada pasukan polis.
 ??  ?? TEMU RAMAH: Arifin (tengah) ketika bercakap kepada media.
TEMU RAMAH: Arifin (tengah) ketika bercakap kepada media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia