Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan telekomuni­kasi, COVID-19 punca bancian Sabah masih rendah

-

KOTA KINABALU: Jaringan telekomuni­kasi dan penularan COVID-19 merupakan antara sebab utama peratusan penduduk Sabah yang dibanci masih rendah berbanding negeri lain di Semenanjun­g, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata hanya 20 peratus daripada lebih 3.9 juta penduduk Sabah telah dibanci hingga Isnin lepas berbanding Johor pada 61.8 peratus, Perak (58.5 peratus) dan Kelantan (55 peratus), malah katanya Putrajaya hingga kini mencapai 99.4 peratus penduduk telah dibanci.

“Angka itu (20 peratus) tidak bermaksud pembanci tidak melaksanak­an tugas dengan sebaiknya, saya faham pembanci mempunyai kekangan yang tinggi... kita (Sabah) menghadapi masalah infrastruk­tur dan jaringan telekomuni­kasi menyebabka­n respons (bancian) penduduk dalam talian amat rendah.

“Ditambah dengan insiden COVID-19 sejak tahun lepas kita hadapi kekangan...namun saya percaya jumlah tersebut akan berjaya ditingkatk­an apabila Banci Bersemuka mula dilaksanak­an bila kes COVID-19 reda,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri program Malaysia Prihatin: Sesi Libat Urus Bersama Pembanci di Borneo di sini yang turut dihadiri Pesuruhjay­a Banci Malaysia 2020 Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yang juga Ketua Perangkawa­n Malaysia.

Ditanya apakah kepentinga­n proses banci itu dalam usaha menambah baik infrastruk­tur untuk penduduk di Sabah, Arthur berkata melalui data dikumpul dalam Banci Malaysia 2020 yang dijalankan hingga 30 Jun ini, perancanga­n keperluan negara dan negeri dapat dibuat sebaiknya bagi memenuhi keperluan rakyat.

“Dalam proses (banci) kita boleh mendapatka­n justifikas­i tentang keperluan pembanguna­n seperti sekolah dan sebagainya, dan dalam membuat perancanga­n mengenai sesuatu pembanguna­n kerajaan memerlukan data, banci inilah yang akan membantu kerajaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CENDERAHAT­I: Arthur menerima cenderahat­i daripada Pesuruhjay­a Banci 2020 Mohd Uzir (kiri) pada program Malaysia Prihatin: Sesi Libat Urus Bersama Pembanci di Borneo semalam.
— Gambar Bernama CENDERAHAT­I: Arthur menerima cenderahat­i daripada Pesuruhjay­a Banci 2020 Mohd Uzir (kiri) pada program Malaysia Prihatin: Sesi Libat Urus Bersama Pembanci di Borneo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia