Utusan Borneo (Sabah)

JHEAINS tingkat pemantauan di masjid sepanjang Ramadan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan meningkatk­an pemantauan di semua masjid seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihak JHEAINS sentiasa terlibat dari segi pemantauan agar setiap masjid mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, bagi masjid-masjid di daerah yang dibenarkan untuk solat berjemaah termasuk Tarawih, setiap penyelia, imam dan jawatankua­sa masjid akan menerima makluman dan arahan tertentu dari semasa ke semasa.

“Ini bagi memastikan masjid-masjid di daerah yang dibenarkan untuk Tarawih mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan di sini semalam.

Selain itu jelasnya, sepanjang Ramadan nanti, pihak JHEAINS juga akan meneruskan pendekatan yang sama dalam memantau golongan yang ponteng puasa secara berhikmah.

Arifin berkata, pendekatan mengajar dan memberi nasihat dilaksanak­an untuk menyampaik­an peringatan sebelum membuat penguatkua­saan.

Dalam pada itu katanya, JHEAINS, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama agensi agama yang lain akan menganjurk­an pelbagai program yang bersesuaia­n dengan norma baharu bagi menyemarak­kan bulan Ramadan nanti.

“MUIS seperti biasa akan melaksanak­an bantuan untuk fakir miskin sempena Ramadan dan begitu juga JHEAINS akan meneruskan program berbentuk keilmuan memandangk­an Ramadan adalah bulan ilmu pengetahua­n.

“Selain itu, turut dianjurkan program nuzul Al-Quran, seminar dan pertanding­an yang sesuai berdasarka­n SOP dan norma baharu,” katanya.

Pada majlis itu, Arifin turut menyampaik­an sumbangan kurma kepada wakil agensi yang terlibat dengan petugas barisan hadapan.

Turut hadir, Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzama­n Sangul, Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Panglima Dr. Hasbullah Taha dan Pengarah JAKIM Cawangan Sabah Norjeli Dais.

 ??  ?? SUMBANGAN: Arifin (kiri) menyampaik­an sumbangan kurma kepada wakil petugas barisan hadapan pada majlis itu.
SUMBANGAN: Arifin (kiri) menyampaik­an sumbangan kurma kepada wakil petugas barisan hadapan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia