Utusan Borneo (Sabah)

Kereta terbabas: Seorang maut, tiga cedera

- Oleh Yusop Teppo

BELURAN: Seorang penumpang maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 36 Jalan Beluran-Telupid, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­den Kasim Muda berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Saibah Jamal, 61, mengalami kecederaan parah di muka dan kepala.

“Dalam kejadian kirakira jam 3.30 petang Selasa, kereta yang dinaiki mangsa bersama tiga yang lain termasuk pemandu berumur 40 tahun hilang kawalan apabila melalui satu jalan tidak rata sebelum terbalik beberapa kali,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabka­n mangsa yang duduk di bahagian penumpang tercampak ke dalam parit.

“Kereta yang dinaiki mangsa bersama dua penumpang berumur 29 dan 26 tahun dari arah Kota Kinabalu menuju ke Sandakan,” katanya.

Kasim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku pada waktu siang, cuaca baik serta jalan lurus namun permukaan jalan tidak rata.

“Penumpang belakang kereta terbabit yang tercampak ke dalam parit telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan kepala.

“Manakala pemandu dan dua penumpang lagi mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Beluran,” katanya.

Kasim berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat manakala pemandu yang masih menerima rawatan dalam kawalan pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? TERBABAS: Kereta yang dinaiki mangsa remuk dalam kejadian kemalangan di Kilometer 36 Jalan Beluran - Telupid.
TERBABAS: Kereta yang dinaiki mangsa remuk dalam kejadian kemalangan di Kilometer 36 Jalan Beluran - Telupid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia