Utusan Borneo (Sabah)

Pengurus syarikat, penjawat awam ditahan SPRM

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Dua lelaki berusia 46 tahun ditahan SPRM Sabah berhubung tuntutan palsu membabitka­n penyelengg­araan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatang­an pada tahun 2019 bernilai RM336,000.

Kedua-dua lelaki terbabit masing-masing adalah pengurus syarikat dan penjawat awam.

Menurut sumber, keduadua lelaki berkenaan ditahan semasa hadir di pejabat SPRM Sandakan untuk membantu siasatan.

Pengarah SPRM Sabah S. Karunanith­y semasa dihubungi mengesahka­n penahanan itu.

Kedua-dua suspek berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan semalam untuk permohonan reman.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazal membenarka­n tempoh tahanan reman selama enam hari bermula 7 hingga 12 April 2021.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 ??  ?? REMAN: Dua suspek lelaki dipercayai terlibat kes tuntutan palsu dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan.
REMAN: Dua suspek lelaki dipercayai terlibat kes tuntutan palsu dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia