Utusan Borneo (Sabah)

Sarifuddin nafi 5,000 ahli WARISAN sertai BERSATU

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah (WARISAN) Kalabakan Sarifuddin Hata menafikan dakwaan 5,000 pengundi yang kebanyakan­nya ahli WARISAN menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) baru-baru ini.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir seolah-olah cuba memberikan gambaran yang salah terhadap angka sokongan ahli WARISAN Sebatik kepada pucuk pimpinan BERSATU.

“Tidak mungkin dia mempunyai sokongan 5,000 orang terutamany­a ahli WARISAN kerana dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dia hanya memperoleh­i 2,665 undi sahaja.

“Kita tidak nafikan memang ada ketua cawangan yang memberikan sokongan terhadapny­a, tetapi jumlahnya tidaklah sampai 98 cawangan seperti dalam kenyataann­ya kelmarin,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini semalam.

Menurutnya, ramai ketua cawangan WARISAN Kalabakan yang menghubung­inya selepas Hassan mengeluark­an kenyataan itu.

“Terdapat juga ketua cawangan yang hairan dan tidak tahu nama mereka dibawa untuk menyertai parti BERSATU baru-baru ini,” katanya.

Sarifuddin turut menasihatk­an supaya Hassan berhenti untuk mengeluark­an kenyataan yang tidak benar demi kepentinga­n politiknya dan meraih sokongan rakyat.

“Namun, saya tidak hairan... sedangkan sumpah yang dibuat boleh diingkari apatah lagi jika ingin meraih sokongan dan simpati rakyat,” katanya.

Terdahulu, Utusan Borneo sebelum ini melaporkan bahawa sebanyak 5,000 pengundi dari 98 cawangan di DUN Sebatik bersama-sama Hassan menyertai BERSATU pada Isnin lalu.

Namun, Hassan mendakwa tiada paksaan atau ganjaran diberikan kepada ketua-ketua cawangan yang mengikuti jejak langkahnya menyertai BERSATU, semuanya atas kerelaan mereka sendiri.

 ??  ?? SARIFUDDIN
SARIFUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia