Utusan Borneo (Sabah)

Program Kembara Prihatin Negara ceriakan nelayan

-

LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Dr. Fary Akmal Osman, menghadiri Program Kembara Prihatin Negara di Jabatan Perikanan Wilayah Persekutua­n Labuan bagi menyampaik­an sumbangan bantuan makanan basah daripada Food Bank Jabatan Agama Islam WP Labuan (JAWI) kepada nelayan di Kampung Patau-Patau dan Kampung Bebuloh Laut, Selasa lalu.

Beliau turut menyampaik­an 20 bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Labuan (JKM) kepada nelayan yang turun ke laut sekitar perairan WP Labuan.

Turut hadir sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Labuan Ansharey Matarsad, Pengarah Pejabat Perikanan WP Labuan Faizal Ibrahim Suhaili serta pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam WP Labuan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Dr Fary berharap menerusi bantuan itu dapat meringanka­n beban nelayan sekali gus membuktika­n keprihatin­an kerajaan terhadap mereka.

“Jabatan dan agensi kerajaan sentiasa prihatin dengan rakyat termasuk nelayan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kerajaan akan terus menyalurka­n pelbagai lagi bantuan untuk meringanka­n beban mereka,” katanya.

Dr Fary turut mengucapka­n terima kasih atas sokongan dan komitmen jabatan dan agensi kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan.

 ??  ?? SUMBANGAN: Dr Fary (dua kanan) menyampaik­an bakul makanan kepada nelayan sempena Program Kembara Prihatin Negara di Jabatan Perikanan Wilayah Persekutua­n Labuan, pada Selasa lalu.
SUMBANGAN: Dr Fary (dua kanan) menyampaik­an bakul makanan kepada nelayan sempena Program Kembara Prihatin Negara di Jabatan Perikanan Wilayah Persekutua­n Labuan, pada Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia