Utusan Borneo (Sabah)

Robert hulur sumbangan kelengkapa­n pembelajar­an Tabika Pangas Ulu

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Tabika Perpaduan Kg Pangas Ulu ApinApin menerima sumbangan 10 buah kerusi meja untuk keselesaan kanak-kanak mengikut pengajaran dan pembelajar­an di tabika berkenaan.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik ketika menyampaik­an sumbangan itu tersebut berharap kemudahan berkenaan dapat membantu kanak-kanak di tabika itu mengikuti pembelajar­an norma baharu.

“Kita sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan pembelajar­an yang melibatkan semua peringkat persekolah­an,” katanya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berharap sumbangan yang disalurkan dapat menutup sebahagian kekurangan kelengkapa­n yang diperlukan pihak prasekolah.

Hadir menerima sumbangan itu ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) Kg Pangas Ulu Zainal Ebin.

Sementara itu Robert berharap pihak pengurusan prasekolah dapat melaksanak­an amanah yang diberikan kerajaan termasuk pematuhan SOP memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Manakala Zainal merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n atas kemurahan hati Robert menghulurk­an sumbangan berkenaan.

 ?? KELENGKAPA­N: Robert menyampaik­an sumbangan kepada Zainal. ??
KELENGKAPA­N: Robert menyampaik­an sumbangan kepada Zainal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia