Utusan Borneo (Sabah)

Beri keutamaan kepada pemandu bas mini dan bas sekolah untuk Program Vaksinasi COVID-19

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee melakukan pertemuan rasmi dengan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung di pejabat beliau di Sandakan, kelmarin.

Pertemuan berkenaan antara lain bagi menyampaik­an beberapa keperluan dan masalah yang dihadapi pengusaha atau pemandu bas sekolah dan bas awam serta mencari cara terbaik bagi membantu mereka yang juga terjejas sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Vivian berkata, berikutan risiko jangkitan masih ada, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sabah masih tidak membenarka­n 100 peratus bagi kapasiti penumpang dan ini akan menjejaska­n pendapatan selain menambahka­n beban mereka.

“Sebagai contoh, kebanyakan pemandu bas sekolah perlu menghantar pelajar sekolah dalam norma baharu iaitu kapasiti 50 peratus penumpang. Berikutan itu, mereka perlu menghantar pelajar ke sekolah dalam dua kali perjalanan yang mana ia akan menambahka­n kos operasi.

“Dalam masa sama, mereka juga mengharapk­an kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak dapat dihantar ke sekolah dengan selamat dan menepati masa,” katanya.

Vivian juga diberitahu oleh pengusaha bas, walaupun kos operasi meningkat, tetapi dalam masa sama tiada kenaikan bayaran penumpang dikenakan setakat ini kerana mengambil pertimbang­an situasi semasa.

“Sebahagian pemandu bas sekolah percaya kebenaran membawa 50 peratus kapasiti penumpang hanya dalam jangka masa yang pendek dan bersifat sementara. Ia juga demi membantu dari segi beban kepada ibu bapa dengan kadar bayaran sewa bas semasa.

“Diharapkan kerajaan dapat bersimpati dengan golongan ini seiring keputusan kerajaan untuk mengekang wabak COVID-19 yang mana kerajaan perlu memberikan pelbagai bantuan seperti penangguha­n bayaran pinjaman bas sekolah, subsidi petrol, penyelengg­aran dan tayar untuk meringanka­n situasi kewangan pemandu bas terbabit,” tambahnya.

Sementara itu, Vivian Wong juga percaya bahawa pemandu bas sekolah dan bas awam juga termasuk dalam perkhidmat­an perlu (Essential Services).

“Justeru, mereka juga perlu diberi vaksin lebih awal kerana perlu berhadapan dengan pelajar dan orang ramai setiap hari,” jelasnya.

Perkara itu telah disampaika­n kepada Chin semasa sesi pertemuan berkenaan.

Vivian menambah, pihaknya juga akan memanjangk­an keperluan ini kepada pihak berkenaan dan berusaha membantu mereka.

Dalam pada itu, Vivian juga diberitahu terdapat segelintir pemandu bas yang tidak mendapat bantuan khas COVID-19 bagi fasa kedua yang mana ia disebabkan oleh pendaftran maklumat yang tidak tepat seperti nama dan akaun bank.

Justeru, beliau menasihati mereka yang berkaitan boleh mengunjung­i cawangan LPKP Sandakan di Batu 7, Sandakan untuk pertanyaan lanjut berkenaan hal itu.

Sementara itu, ketika sesi pertemuan bersama Chin, Vivian telah menyerahka­n maklumat pemandu yang tidak mendapat bantuan dan difahamkan cawangan LPKP Sandakan akan membuat semakan dan menyelesai­kan perkara ini.

Jelas Vivian, pihaknya akan membuat susulan berkenaan permasalah­an pemandu bas awam dan bas sekolah sekali gus berharap agar kerajaan negeri dapat melonggark­an prosedur operasi standard (SOP) demi membantu mereka yang terjejas ketika pandemik ini.

 ??  ?? BERTEMU: Vivian ketika bertemu beberapa orang pemandu bas mini bagi mendengar masalah yang dihadapi.
BERTEMU: Vivian ketika bertemu beberapa orang pemandu bas mini bagi mendengar masalah yang dihadapi.
 ??  ?? BINCANG: Vivian ketika mengadakan pertemuan bersama Chin bagi membincang­kan beberapa isu melibatkan pemandu bas sekolah dan bas mini di Sandakan.
BINCANG: Vivian ketika mengadakan pertemuan bersama Chin bagi membincang­kan beberapa isu melibatkan pemandu bas sekolah dan bas mini di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia