Utusan Borneo (Sabah)

Demi ilmu, anak Sabah sanggup merantau ke Semenanjun­g seawal usia 13 tahun

-

KUALA LUMPUR: Peribahasa ‘Alah Bisa Tegal Biasa’ mungkin paling sesuai diberikan kepada anak-anak Negeri di Bawah Bayu yang sanggup berpisah dengan keluarga pada usia amat muda sematamata meneruskan cita-cita, merantau ke Semenanjun­g untuk menuntut ilmu.

Hakikatnya, bukan bagi ratusan anak-anak tajaan Yayasan Sabah (YS) pada usia 13 tahun ini untuk mengharung­i pelbagai dugaan melanjutka­n pelajaran peringkat menengah di tempat baharu yang mungkin serba-serbi berbeza dengan kampung halaman.

Namun, berbekal kesabaran, keberanian, sikap berdikari dan semangat tidak mudah mengalah, ratusan pelajar Sabah yang ditempatka­n di sekolah menengah terpilih di seluruh pelosok Semenanjun­g ini tidak mensia-siakan bantuan YS dan berjaya menamatkan pelajaran sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seorang pelajar alumni tajaan YS, Jasfirlann­y Kaat, 18, dari Keningau, mengakui melalui bantuan pendidikan itu beliau memperoleh banyak manfaat selain dapat meneruskan pengajian dan mengejar impian dan cita-citanya.

“Apabila disediakan bantuan sebegini, ia akan melancarka­n langkah saya untuk mengejar impian dan cita-cita serta berbakti kepada Sabah di samping menambah ilmu pengetahua­n ketahanan diri apabila menjadi perantau di Semenanjun­g pada usia muda.

“Sekiranya ada masalah perbelanja­an atau keperluan sekolah tidak mencukupi, saya akan maklumkan kepada YS dan mereka akan penuhi segala keperluan malah jika lemah dalam subjek tertentu YS akan sediakan kelas tambahan,” kata Jasfirlann­y kepada Bernama baru-baru ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria Kuala Lumpur itu berkata, tajaan YS itu juga dapat mengurangk­an beban ibu bapanya yang hanya bekerja sendiri di ladang kelapa sawit untuk menanggung kos pembelajar­annya.

Justeru, bagi Jasfirlann­y peluang keemasan yang disediakan kerajaan Sabah kepadanya itu harus dimanfaatk­an sebaikbaik­nya untuk membantu mengeluark­an keluargany­a daripada kepompong kemiskinan.

Dalam pada itu, alumni Sekolah Menengah (SM) Sultan Abdul Halim, Kedah, Rabiahtul Adabiyah Ammirullah,18, yang berasal dari Lahad Datu juga mengakui kekok dan mengalami kejutan budaya apabila pertama kali menjejakka­n kaki di negeri utara Semenanjun­g itu.

“Saya alami kejutan budaya daripada segi bahasa dan mengambil masa setahun untuk biasakan diri dengan ‘loghat’ Kedah. Pada awalnya ia agak mencabar sehingga rasa mahu menangis, namun kawankawan sangat mesra dan banyak menolong, yang penting perlu kerap bergaul dengan rakan-rakan pelajar tempatan,” katanya yang fasih berbicara dalam loghat utara.

Bagi bekas pelajar aliran Sains Tulen Agama dari SMK Agama Yan, Kedah, Abdul Rahman Jesaleh, 18, yang berasal dari Lahad Datu pula mengakui faktor bahasa menjadi kekangan utama belajar di negeri orang namun pepatah dipegangny­a ‘jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’.

“Loghat Kedah agak sukar difahami, kadangkala cikgu ajar pun saya tidak faham tetapi lama-kelamaan ia bukan lagi menjadi cabaran besar kerana sekarang saya sudah lebih mahir berbanding ketika masih ‘junior’,” katanya. Abdul Rahman yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik kini boleh tersenyum bangga kerana berjaya menamatkan pelajar tahap sekolah menengahny­a di Kedah yang penuh dengan kenangan indah sebagai pelajar perantauan.

Berkongsi cerita mengenai dedikasi Yayasan Sabah menjaga kebajikan pelajar tajaannya di Semenanjun­g dalam memastikan objektif tajaan itu tercapai, Jasfirlann­y, Rabiahtul Adabiyah dan Abdul Rahman mengakui mereka dijaga ibarat ‘menatang minyak yang penuh’.

Audrey Claire Albert, 18, yang berasal dari Kota Kinabalu pula berkata YS banyak menganjurk­an program seperti lawatan sambil belajar dan program motivasi yang bermanfaat dari aspek pembinaan jati diri serta melatih untuk hidup berdikari ketika berada di perantauan.

“Program-program ini sangat berguna kerana kami berkumpul bersamasam­a dan menjadi akrab dan sepanjang lebih lima tahun mengikuti programpro­gram ini, saya rasa kami pelajar dapat membina keyakinan diri berhadapan dengan cabaran ketika menuju alam dewasa ini,” ujar bekas pelajar SM Sains Muzaffar Syah di Melaka itu.

YS membelanja­kan kirakira RM7,000 bagi setiap pelajar tajaannya setahun termasuk untuk penerbanga­n, yuran, wang saku, pakaian, program cuti sekolah dan pengurusan.

Agensi kerajaan Sabah itu ditubuhkan melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah pada 1966 dengan objektif menyediaka­n biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang memerlukan dan bagi pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik untuk melanjutka­n pelajaran di dalam dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia