Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Awam Sejahtera Semporna siap sepenuhnya akhir April ini

-

SEMPORNA: Projek Pembinaan Pasar Awam Sejahtera Semporna dijangka siap sepenuhnya penghujung April 2021.

Menurut Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna Ali Adam Haji Hamjah, projek pembinaan yang bernilai RM7 juta dan dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke11 kini berada dalam fasa akhir pembinaan.

Katanya, bangunan itu akan memberi kemudahan kepada masyarakat sekitar dengan menempatka­n tiga buah pasar iaitu pasar sayur dan buah, pasar ikan serta pasar ayam dan daging.

“Terdapat 143 meja jualan secara keseluruha­n di mana 67 meja diperuntuk­kan untuk peniaga sayur dan buah, 69 meja bagi peniaga ikan dan selebihnya 7 meja bagi penjual ayam dan daging.

“Pembinaan pasar baharu itu merupakan penambahba­ikan kualiti kemudahan dan infrastruk­tur awam yang bakal dinikmati oleh rakyat di daerah ini kelak,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Majlis Daerah Semporna dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan sangat menitikber­atkan keselesaan dan kemudahan rakyat Semporna, malah pihak berkuasa tempatan sentiasa merangka strategi bagi membantu peniaga kecil menjalanka­n aktiviti perniagaan di ruang niaga yang lebih moden dan kondusif.

“Projek pembinaan yang mengambil masa selama 120 minggu untuk disiapkan itu adalah penting bagi menggantik­an bangunan pasar lama yang agak uzur dan telah berusia lebih 30 tahun,” jelasnya.

 ??  ?? PASAR AWAM: Bangunan Pasar Awam Sejahtera kini dalam fasa akhir pembinaan.
PASAR AWAM: Bangunan Pasar Awam Sejahtera kini dalam fasa akhir pembinaan.
 ??  ?? FASA AKHIR: Sekitar pemandanga­n sisi bangunan Pasar Awam Sejahtera kini dalam fasa akhir pembinaan.
FASA AKHIR: Sekitar pemandanga­n sisi bangunan Pasar Awam Sejahtera kini dalam fasa akhir pembinaan.
 ??  ?? ALI ADAM
ALI ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia