Utusan Borneo (Sabah)

UMW Toyota Motor teruskan pengambila­n pesanan varian 1.8G, 1.8V Corolla Cross

-

KUCHING:Ataspermin­taan tinggi, UMW Toyota Motor akan meneruskan pengambila­n pesanan untuk keduadua varian 1.8G dan 1.8V Toyota Corolla Cross serba baharu dengan unit-unit yang dipasang secara tempatan dan tersedia untuk penghantar­an hingga suku keempat tahun ini.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Akio Takeyama berkata, jualan Toyota di Malaysia adalah kuat pada tahun ini disebabkan keadaan pandemik yang kian pulih.

“Dengan rangkaian model dan tawaran menarik yang lebih luas, kami yakin jumlah penjualan kami akan meningkat dengan stabil tahun ini dan pastinya melebihi jumlah yang dicatatkan pada 2020.

“Justeru, kami mengucapka­n terima kasih kepada pelanggan setia kami dan juga mengalu-alukan mereka yang memiliki Toyota untuk pertama kalinya,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Dalam perkembang­an lain, UMW Toyota Motor satu-satunya pengimport, pengedar dan penyusun kenderaan Toyota di Malaysia, telah menyaksika­n pertumbuha­n penjualan yang kuat untuk suku pertama (Q1) 2021.

Jumlah kenderaan Toyota dan Lexus baharu yang dijual dalam tiga bulan pertama tahun ini adalah lebih daripada 17,000 unit dengan bahagian pasaran sekitar 12.1 peratus, iaitu peningkata­n 62 peratus tahun ke tahun berbanding jumlah penjualan sama bagi tempoh sama pada 2020.

Mengulas lanjut mengenai pencapaian itu, Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K memaklumka­n bahawa semasa suku pertama 2020, pasaran telah menurun berikutan pandemik.

“Bagaimanap­un, keadaan berbeza pada tahun ini kerana dengan wabak yang mulai reda serta sokongan kerajaan melalui program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang mengecuali­kan cukai jualan sebahagian atau sepenuhnya sehingga 30 Jun tahun ini, penjualan kenderaan baharu adalah tinggi dan konsisten.

“Malah, untuk Toyota, momentum kami bermula pada Disember ketika kami melancarka­n Toyota GR Yaris dan Vios GR-Sport memberikan catatan positif untuk memasuki tahun 2021,” ujarnya dalam kenyataan sama.

Model Toyota yang paling laris adalah Toyota Vios dan Toyota Hilux yang terus menjadi peneraju pasaran, merangkumi sekitar 56 peratus pasaran trak pikap untuk suku pertama.

Sementara itu, Toyota Yaris secara konsisten berada di kedudukan nombor satu dalam segmen hatchback bukan nasional dengan bahagian pasaran Q1 dianggarka­n 73 peratus.

Vios dan Vios GRS juga telah mendapat sambutan positif dengan kira-kira 5,600 unit terjual sejak dilancarka­n.

Dengan musim perayaan Hari Rayaa Aidilfitri yang akan datang pada suku kedua, UMWT akan menjalanka­n promosi ‘Countless Rewards’ bagi pelanggan untuk memiliki Toyota untuk Aidilfitri dan memperoleh­nya sebelum tempoh pengecuali­an Cukai Jualan Negeri (SST) berakhir.

Penjimatan untuk pelanggan juga termasuk pengecuali­an cukai jualan untuk model CBU sehingga pelanggan tidak boleh melepaskan peluang ini untuk penjimatan besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia