Utusan Borneo (Sabah)

JBPM Zon 5 Bintulu adakan perhimpuna­n bulanan

-

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu telah mengadakan Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Zon 5 di pekarangan Balai Bomba (BBP) Samalaju semalam.

Perhimpuna­n yang dikelolaka­n BBP Samalaju itu diserikan dengan penyerahan Sijil Perakuan Bomba kepada wakil atau pengurusan syarikat Elkem Carbon Sdn Bhd yang disempurna Ketua Zon JPBM Zon 5 PgKB II Wan Kamarudin Wan Ahmad.

Hadir sama Ketua BBP Bintulu Timbalan Penguasa Bomba I Christus Buson, Ketua BBP Tatau Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Jankey Jikat, Ketua BBP Samalaju Penolong Penguasa Bomba Hashim Norshidi, Ketua Unit Bahagian Keselamata­n Kebakaran (BKK), Ketua Unit Pegawai Penyiasat Kebakaran (FIO), pegawaipeg­awai kanan zon, penyelia serta anggota dari ketiga-tiga balai bomba terbabit.

 ??  ?? SAH: Wan Kamarudin (dua kiri) menyerahka­n Sijil Perakuan Bomba kepada wakil syarikat Elkem Carbon sambil disaksikan Hashim (kiri) serta pegawai-pegawai kanan bomba yang lain.
SAH: Wan Kamarudin (dua kiri) menyerahka­n Sijil Perakuan Bomba kepada wakil syarikat Elkem Carbon sambil disaksikan Hashim (kiri) serta pegawai-pegawai kanan bomba yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia