Utusan Borneo (Sabah)

MBM batal penganjura­n bazar Ramadan di Miri

-

MIRI: Mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 di Sarawak, Majlis Bandaraya Miri (MBM) memutuskan untuk tidak meneruskan penganjura­n bazar Ramadan dalam kawasan pentadbira­nnya tahun ini.

MBM dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n petang semalam berkata, keputusan itu diambil memandangk­an risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar.

Selain itu, ia akan memberi kesan kepada keberangka­lian berlaku penularan semula COVID-19 sekali gus merencatka­n usaha kerajaan membasmi wabak ini sepenuhnya.

Justeru, MBM berkata adalah menjadi tanggungja­wab kita bersama membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuas­akan.

Pada Selasa lalu, MBM mengeluark­an perancanga­n senarai tiga lokasi bazar Ramadan tahun ini iaitu di tempat parkir berdekatan Bank Rakyat, Bandar Baharu Permyjaya, MYY Mall di Lutong dan Pusat Komersial Taman Tunku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia