Utusan Borneo (Sabah)

Rangkaian jalur lebar luar bandar seluruh negara memberi kelebihan kepada belia

-

KUCHING: Keputusan kerajaan negeri untuk memperuntu­kkan sejumlah RM200 juta kepada Sarawak Digital Economy Corporatio­n (SDEC) menubuhkan 150 laman rangkaian jalur lebar di kawasan luar bandar seluruh negeri akan memberi manfaat kepada para belia di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ia menunjukka­n bahawa kerajaan negeri sentiasa mendengar tuntutan dan aspirasi para belia untuk mendapatka­n sambungan Internet yang lebih baik.

“Warga belia telah meminta peningkata­n akses Internet di semua daerah di Sarawak pada sesi dialog dan pertemuan yang juga telah dihadiri Ketua Menteri dan Menteri Belia sebelum ini.

“Keperluan itu semakin terdesak apabila di tengah pandemik COVID-19 sesi pengajaran dan pembelajar­an dilaksanak­an dalam talian dan perubahan tersebut mempengaru­hi golongan belia termasuk di luar bandar.

“Pemasangan rangkaian jalur lebar di 150 lokasi kawasan pedalaman di seluruh Sarawak diharap dapat merapatkan jurang digital di antara desa dan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kelmarin sebagai kenyataan balas kepada pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa kerajaan negeri akan memperting­katkan hubungan Internet luar bandar semasa lawatan kerjanya ke Long Terawan kelmarin.

Fazzrudin juga berharap agar agensi kerajaan yang berkaitan mempercepa­tkan pelaksanaa­n rangkaian jalur lebar itu kerana kesambunga­n Internet diperlukan untuk keseluruha­n digitalisa­si di seluruh negara.

“Sekarang dengan pandemik COVID-19, mendorong penggunaan teknologi maklumat dan ekonomi digital secara besar-besaran dalam kehidupan seharian masyarakat.

“Ini juga menimbulka­n platform e-Dagang bagi penduduk tempatan untuk meningkatk­an ekonomi mereka dengan menjual barang atau penghasila­n mereka secara dalam talian.

“Dengan sambungan Internet yang lebih baik, aktiviti ekonomi dapat ditingkatk­an di kawasan bandar dan luar bandar,” katanya

Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga menggesa agar para belia menggunaka­n kemahiran baharu dengan peningkata­n sambungan Internet tersebut melalui platform dalam talian.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia