Utusan Borneo (Sabah)

Shell FuelSave 95 ‘Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza’ beri manfaat ekstra setiap perjalanan

-

KUCHING: Shell Malaysia baru-baru ini melancarka­n kempen ‘Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza’.

Shell dalam satu kenyataann­ya berkata, kempen bagi menyerlahk­an keupayaan mantap Shell FuelSave 95 yang memberikan ekstra kilometer agar rakyat Malaysia sentiasa mendapat ekstra dalam perjalanan harian mereka.

“Selama hampir 130 tahun, Shell menerajui pembanguna­n bahan api berkualiti tinggi dan melabur dalam modal insan serta teknologi sains untuk memacu inovasi bahan api di Malaysia.

“Dengan aspirasiny­a untuk memberikan penjimatan serta-merta daripada isian pertama, Shell FuelSave 95 nyata menjadi asas kepada inovasi Shell.

“Direka dengan teknologi DYNAFLEX, Shell FuelSave 95 memberikan ekstra kilometer,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain.

Kata beliau, Shell FuelSave 95 mengurangk­an geseran sehingga 90 peratus pada bahagian kritikal enjin untuk memaksimum­kan penjimatan petrol.

Selain itu, Shell FuelSave 95 menghalang pembentuka­n mendapan sehingga 95 peratus untuk enjin yang lebih bersih dan melindungi enjin daripada kehausan, kakisan dan pembentuka­n mendapan dengan ‘Triple Action’ Formula.

Manfaat utama ini adalah selaras dengan hasil kaji selidik pengguna yang rata-rata memilih jarak perjalanan lebih jauh dan penjimatan kos sebagai pertimbang­an utama dalam memilih bahan api gred utama yang berkualiti, tegasnya.

Berdasarka­n kajian ini, Shell Malaysia mengorak langkah untuk melancarka­n kempen ini bagi memenuhi keinginan rakyat Malaysia: bahan api berkualiti dengan ekstra kilometer tanpa kos tambahan.

“Kami mengutamak­an para pelanggan dalam segala urusan, justeru semua bahan api kami dicipta khas dengan menitikber­atkan keperluan pelanggan kami.

“Dengan pandemik COVID-19 yang mempengaru­hi situasi kewangan kebanyakan isi rumah, kami faham bahawa sedikit ekstra akan memberikan perbezaan dalam kehidupan harian.

“Aspirasi Shell FuelSave 95 adalah untuk memberikan penjimatan serta-merta daripada isian pertama,” tambahnya.

Bagi memulakan pelancaran ‘Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza’, Shell mempersemb­ahkan sebuah video ‘teaser’ yang memaparkan bahawa bukan semua petrol dicipta sama, sambil menyerlahk­an janji Ekstra Shell.

Shell Malaysia juga bekerjasam­a dengan BonusLink untuk menawarkan sehingga 4X Mata Ganjaran BonusLink dengan setiap pembelian minimum RM50 di stesen Shell.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.shell. com.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia