Utusan Borneo (Sabah)

Gangguan Internet tidak jejas rakaman prosiding rayuan Najib di mahkamah terbuka

-

PUTRAJAYA: Gangguan Internet Putrajaya Campus Network (PCN) di Bangunan Istana Kehakiman dan beberapa agensi kerajaan lain selama satu jam setengah, kelmarin tidak menjejaska­n rakaman prosiding rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan secara terbuka di Mahkamah Rayuan.

Kelmarin merupakan hari kedua pendengara­n rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya bagi pertuduhan menyelewen­g RM42 juta dana SRC Internatio­nal.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutua­n Malaysia semalam, gangguan yang bermula pada 10.30 pagi hingga 12 tengah hari itu, telah menyebabka­n tayangan langsung prosiding rayuan di Dewan Persidanga­n, Istana Kehakiman untuk pengamal media tidak dapat ditayangka­n.

“Namun, gangguan itu tidak menjejaska­n rakaman prosiding rayuan di mahkamah terbuka, dan semua peguam dan pendakwa raya masih dibekalkan dengan salinan (soft copy) rakaman prosiding selepas prosiding berkenaan berakhir,” menurut kenyataan itu yang merujuk kepada artikel sebuah portal berita bertajuk ‘Shafee goes ‘silent’ for over an hour during SRC appeal’, kelmarin.

 ?? — Gambar Bernama ?? RAYUAN: Najib (dua, kanan) tiba di mahkamah bagi pendengara­n rayuan terhadap sabitan dan hukuman berkaitan penyelewen­gan dana RM42 juta milik SRC Internatio­nal di Mahkamah Rayuan semalam.
— Gambar Bernama RAYUAN: Najib (dua, kanan) tiba di mahkamah bagi pendengara­n rayuan terhadap sabitan dan hukuman berkaitan penyelewen­gan dana RM42 juta milik SRC Internatio­nal di Mahkamah Rayuan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia