Utusan Borneo (Sabah)

Dubai hantar pulang 18 wanita terlibat sesi foto bogel

-

DUBAI: Emiriah Dubai kelmarin mengumumka­n mereka akan menghantar pulang sekumpulan orang yang ditahan atas kesalahan kegiatan tidak berakhlak dalam sesi foto bogel.

Gambar dan video yang dimuat naik dalam talian minggu lepas menunjukka­n sekurang-kurangnya 18 wanita warga asing berbogel dalam sebuah pangsapuri di kawasan Dubai Marina.

“Pejabat pendakwa raya am telah menyimpulk­an siasatan ke atas gambar yang dimuat naik secara awam, yang melanggar undang-undang Emiriah Arab Bersatu (UAE),” ulas Pejabat Media Dubai di Twitter.

“Individu yang terlibat akan dihantar pulang dari Emiriah Arab Bersatu. Tiada komen selanjutny­a dibuat tentang isu itu.”

Polis Dubai mengeluark­an satu kenyataan pada Sabtu bahawa sekumpulan orang yang terpapar dalam “video tidak senonoh” yang dikongsi dalam talian itu sudah ditahan.

Mereka memberi amaran bahawa perlakuan seperti itu “tidak dapat diterima” serta “tidak mencermink­an nilai dan etika penduduk Emirati”.

Dubai, salah sebuah emiriah dalam UAE, terkenal dengan pulau berbentuk palma, hotel dan parti teramat mewah.

Lebih 90 peratus dalam kalangan populasiny­a seramai 3.3 juta terdiri daripada warga asing.

Meskipun UAE dianggap salah satu wilayah Teluk yang berfikiran terbuka, pornografi dan “bahan-bahan lain yang memesong moral awam” adalah menyalahi undang-undang.

Hujung tahun lepas, UAE merombak semula sejumlah undang-undang dalam usaha meliberali­sasikan sosial bertujuan untuk menambah baik jenama progresif mereka.

Walaupun jarang-jarang ditegakkan, ia mengurangk­an hukuman untuk pembunuhan “terhormat”, yang kebanyakan mangsa merupakan wanita yang dikatakan telah mengaibkan keluarga mereka.

Perubahan lain termasuk membubarka­n larangan pasangan belum berkahwin untuk tinggal serumah, melonggark­an sekatan terhadap pengambila­n alkohol, dan tidak mensabitka­n jenayah bunuh diri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia