Utusan Borneo (Sabah)

Britain tangguh ujian vaksin AstraZenec­a pada kanak-kanak

-

LONDON: Britain menghentik­an sekejap ujian vaksin COVID-19 AstraZenec­a pada kanak-kanak ketika pasukan pengawal atur menilai kemungkina­n kaitannya dengan penggumpal­an darah, kata Oxford University, yang telah membantu dalam penghasila­n suntikan itu, kelmarin.

“Sungguhpun ia tiada masalah keselamata­n dalam percubaan klinikal paediatrik, kami masih menunggu maklumat tambahan dari MHRA (pengawal atur UK) dalam meninjau kes jarang-jarang thrombosis/thrombocyt­opaenia yang telah dilaporkan dalam kalangan orang dewasa, sebelum meneruskan suntikan dalam ujian itu,” kata universiti itu dalam satu kenyataan.

“Ibu bapa dan anak-anak perlu terus hadir dalam semua temu janji yang telah dijadualka­n dan boleh menghubung­i pasukan ujian jika terdapat sebarang soalan.”

Agensi Pengatur Produk Perubatan dan Penjaga Kesihatan (MHRA) Britain merupakan salah satu persatuan yang sedang membuat analisis berdasarka­n data sebenar dunia daripada pengagihan AstraZenec­a untuk mengenal pasti jika terdapat kaitan antara suntikan itu dengan pembentuka­n darah bergumpal, selepas beberapa kes awal dilaporkan di Norway dan sebahagian Eropah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Ubat Eropah (EMA) akan mendedahka­n penemuan mereka dalam minggu ini.

Ini merupakan drama terbaru melibatkan AstraZenec­a, selepas terlibat dalam kontrovers­i kerana gagal membekalka­n dos yang dijanjikan ke Kesatuan Eropah (EU), dan ke atas keberkesan­an dan keselamata­n vaksin itu.

MHRA melaporkan pada hujung minggu lalu terdapat 30 kes darah bergumpal, tujuh maut, daripada 18 juta dos yang diedarkan di Britain.

EMA menyatakan kelmarin bahawa mereka “belum dapat memberi kesimpulan dan rujukan masih dilakukan”.

Pesuruhjay­a Kesihatan EU Stella Kyriakides berkata, agensi itu diminta untuk melampirka­n keputusan pada “akhir Rabu”, dan menambah beliau “berhubung rapat” dengan EMA.

Kenyataan itu dikeluarka­n selepas pengerusi strategi vaksin EMA Marco Cavaleri mengulas dalam media Itali menyatakan bahawa terdapat kesinambun­gan “jelas” dan agensi itu akan mengumumka­nnya dalam beberapa jam. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LOGO: Logo Facebook yang dipamerkan di Paris pada 17 Februari, 2019.
— Gambar AFP LOGO: Logo Facebook yang dipamerkan di Paris pada 17 Februari, 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia