Utusan Borneo (Sabah)

Jutawan dunia semakin kaya waktu pandemik

-

MOSCOW: Hampir 4,000 suspek di Amerika Selatan ditahan dan kira-kira 200,000 senjata api, peralatan, komponen, peluru serta bahan letupan disita dalam operasi dilancarka­n Interpol, lapor Sputnik.

Interpol dalam satu kenyataan kelmarin berkata, operasi ‘Trigger VI’ dengan kerjasama Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) dijalankan dari 8 hingga 28 Mac di 13 negara Amerika Selatan.

“Ratusan ribu orang diperiksa dan kenderaan digeledah. Operasi membabitka­n polis, kastam, pihak berkuasa sempadan dan pendakwa membolehka­n hampir 10,000 pemeriksaa­n dilakukan berdasarka­n pangkalan data INTERPOL untuk mengesan senjata api haram dan jenayah terancang.

“Senjata api haram menjadi ancaman serius terhadap keselamata­n dan kestabilan di Amerika Selatan. Justeru, kerjasama pelbagai agensi penting untuk mengenal pasti dan membongkar jenayah terancang dan kumpulan pengganas yang terlibat.

“Operasi Trigger VI berjaya merampas ribuan senjata haram milik penjenayah dan membuktika­n komitmen jitu penguatkua­saan di Amerika Selatan walaupun menghadapi cabaran pandemik,” kata Ketua Setiausaha Interpol Jurgen Stock.

Menerusi operasi itu anggota kumpulan jenayah di Uruguay berjaya ditahan; sejumlah besar senjata api di Peru dan Brazil disita; penahanan seorang warga Colombia yang dikehendak­i Interpol; lebih 21 tan kokain, ganja dan bahan kimia dirampas; dan 33 disyaki mangsa pemerdagan­gan orang diselamatk­an. — Bernama

MOSCOW: Golongan kaya menyaksika­n kekayaan mereka menokok sehingga 60 peratus ketika dunia bergelut dengan wabak selain 660 orang kini bergelar jutawan, catatan tertinggi ketika ini, menurut Senarai Jutawan Dunia 2021 Forbes, lapor Sputnik.

Secara keseluruha­n, seramai 2,755 orang berjaya menempatka­n diri ke senarai itu, juga suatu rekod baharu. Mereka yang baharu tersenarai termasuk 210 orang dari China dan Hong Kong serta 98 dari Amerika Syarikat.

Untuk empat tahun berturut-turut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos, menduduki takhta lelaki terkaya dunia dengan mengumpul AS$177 bilion keuntungan bersih.

CEO SpaceX dan Tesla, Elon Musk, yang dianggarka­n memiliki kekayaan bersih AS$151 bilion, melonjak daripada tangga ke-31 ke tempat kedua. Jutawan barangan mewah Perancis, Bernard Arnault, kekal di tempat ketiga.

Bill Gates, pengasas Microsoft

pula di tangga keempat dengan AS$124 bilion.

Sementara itu, pemegang saham utama dan pengerusi syarikat perlombong­an Severstal, Alexey Mordashov (AS$29.1 bilion), buat pertama kali berada di tangga teratas jutawan Rusia.

Pengasas aplikasi Telegram, Pavel Durov, buat pertama kali muncul dalam senarai 10 terkaya Rusia, selepas mengumpul AS$17.2 bilion tahun lalu, berbanding AS$13.8 bilion tahun sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia