Utusan Borneo (Sabah)

Seorang maut, tiga kru kapal kritikal

Mangsa dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor dari kapal di perairan antarabang­sa

-

SHAH ALAM: Seorang kru kapal tangki gas petroleum cecair (LPG) warga Turki maut manakala tiga lagi kritkal dipercayai akibat terhidu gas ammonia yang bocor dari kapal di perairan antarabang­sa di Barat Pelabuhan Klang, dekat sini, malam kelmarin.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selangor Komander Maritim Norihan Ngah dalam kenyataan semalam berkata, kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 9 malam dan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan dari sebuah ejen perkapalan, pada kira-kira jam 11 malam.

Katanya susulan itu, pihaknya menggerakk­an anggota APMM Selangor bersama-sama Hazardous Material Unit Team (HAZ

MAT) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sekitar 3 pagi tadi ke lokasi kapal tangki itu MV Hamburg DW yang bersauh di Barat Daya Pulau Selat Kering, untuk mengeluark­an kesemua mangsa.

“Lelaki berusia itu 62 tahun itu meninggal dunia di kapal tangki berkenaan manakala tiga lagi mangsa, dua warga Turki dan seorang warga India berumur 28 hingga 50 tahun selamat, namun berada dalam keadaan kritikal.

“Punca kecederaan mereka semua adalah akibat terhidu gas ammonia. Dipercayai kebocoran gas berlaku pada kapal tangki tersebut,” katanya.

Norihan berkata, pihaknya juga telah memaklumka­n kejadian kepada Kementeria­n Kesihatan dan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan dan tindakan lanjut. — Bernama

Punca kecederaan mereka semua adalah akibat terhidu gas ammonia. Dipercayai kebocoran gas berlaku pada kap al tangki tersebut.

 ??  ?? TUMPAS: Sebahagian kenderaan mewah pelbagai jenama yang dirampas dipamerkan pada sidang media mengenai Ops Hacks- Sindiket Godam Sistem di Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, di ibu negara semalam.
TUMPAS: Sebahagian kenderaan mewah pelbagai jenama yang dirampas dipamerkan pada sidang media mengenai Ops Hacks- Sindiket Godam Sistem di Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia