Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri mengaku tidak bersalah cabul, dera kanak-kanak di pusat kebajikan

-

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima pertuduhan mencabul dan mendera empat kanak-kanak di sebuah pusat kebajikan, tempat isterinya bekerja dekat sini, antara April 2019 hingga Mac lepas.

Mohd Hamdan Yasin, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, dia didakwa melakukan kesalahan dengan maksud seksual menyentuh tiga kanak-kanak perempuan berusia sembilan hingga 13 tahun di pusat kebajikan tersebut, pada waktu berbeza.

Antaranya, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanakkanak perempuan yang kini berusia 13 tahun di sebuah bilik dan ruang tamu di pusat kebajikan itu, masing-masing dalam kejadian pada Julai 2019 dan September tahun lepas.

Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh disebat, jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kelima pula, dia didakwa bersamasam­a isterinya yang merupakan penjaga pusat kebajikan itu, Nor Adila Zakaria, 35, telah menganiaya kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun hingga mengalami kecederaan fizikal di pipi dan dada.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mereka dituduh menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Mahkamah menetapkan tiada jaminan ditawarkan kepada Mohd Hamdan manakala Nor Adila dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Hakim menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh. — Bernama

KOTA BHARU: Seorang wanita kerugian RM39,000 selepas menjadi mangsa penipuan berkaitan urusan membeli sebuah kenderaan mewah menerusi media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan Supt Ahmad Azizul Mohamed berkata, laporan berkaitan kejadian penipuan e-Dagang itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Tanah Merah, pada 3 April lepas.

Beliau berkata, dalam laporan itu mangsa iaitu seorang peniaga wanita berusia 20-an menyatakan, pada 28 Mac lalu telah melayari media sosial dan tertarik dengan satu ruangan iklan menjual kenderaan terpakai dari sebuah negara jiran.

Katanya, mangsa ingin membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard 3.5 dari Singapura, secara

KOTA BHARU: Lima pondok di Madrasah Diniah Bakriah atau lebih dikenali dengan Pondok Pasir Tumboh di sini, musnah dalam kebakaran kirakira jam 2.30 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh El Taraff Mohd Zachariah berkata, lima pelajar yang berada di unit kediaman itu sempat menyelamat­kan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. ansuran bulanan.

“Mangsa telah berhubung dengan suspek penjual iaitu seorang lelaki melalui aplikasi Whatsapp dan telah diminta untuk membuat bayaran berjumlah lebih kurang RM17,000 bagi tujuan insurans, cukai jalan dan urusan berkaitan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Pada 1 April pula mangsa telah membuat beberapa transaksi bayaran ke satu akaun bank tempatan, dikatakan milik individu pekerja kepada suspek penjual,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata pada keesokan harinya, mangsa telah dihubungi seorang wanita yang mengakui pekerja kepada suspek dan meminta mangsa membuat bayaran RM7,000 ke akaun bank tempatan yang sama, bagi tujuan pendaftara­n dan kos

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.43 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian sebelum berjaya memadam kebakaran pada 4.20 pagi.

“Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Unit Forensik Bomba juga telah ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam. penghantar­an kenderaan tersebut.

“Pada petang yang sama, suspek wanita berkenaan meminta pengadu membuat bayaran deposit RM15,000 ke satu akaun bank tempatan yang lain milik individu yang berbeza dan mangsa terus membuat bayaran tersebut melalui tiga transaksi pindahan wang,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis setelah berasakan tertipu selepas suspek wanita tersebut mendakwa tidak menerima wang pembayaran deposit berkenaan dan meminta mangsa membuat bayaran RM15,000 tersebut secara sekali gus, di dalam satu transaksi sahaja.

Jelasnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda. — Bernama

Sementara itu, seorang mangsa yang ditemui Mohd Danish Adnan, 14, berkata ketika kejadian dia sedang membasuh pakaian di bilik air berhampira­n kediamanny­a.

Katanya, sebaik kembali ke pondok yang didudukiny­a, dia mendapati unit kediamanny­a sudah terbakar manakala rakan-rakan yang lain sudah keluar menyelamat­kan diri. — Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas kakitangan Jabatan Imigresen adalah antara individu yang disyaki membuka laluan kepada sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), dan menggodam sistem pangkalan data imigresen, kata Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata, bekas kakitangan jabatan berkenaan telah diberhenti­kan kerja beberapa tahun yang lepas.

“Bekas kakitangan itu dipercayai mempunyai akses menggodam sistem pangkalan data imigresen, sehingga membenarka­n sindiketny­a mencuri kata laluan pegawaipeg­awai imigresen.

“Hasil pembongkar­an sindiket ini, mereka menggunaka­n peralatan antaranya seperti router, untuk menggodam sistem sehingga sindiket ini mampu mencetak dan menduplika­si perisian sistem berkenaan dengan mencetak PLKS di luar pejabat imigresen,” katanya dalam sidang media operasi hack - sindiket godam sistem di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur, di sini.

Azam berkata setakat ini, seramai lima suspek termasuk seorang individu bergelar ‘Datuk’ ditahan dan direman selama enam hari bermula semalam di Mahkamah Shah Alam.

Selain itu, Azam berkata, setakat 9 malam kelmarin, pihaknya telah membekukan sebanyak 147 akaun melibatkan 30 individu dan 11 syarikat dengan jumlah sebanyak RM9.9 juta.

Beliau berkata, jumlah berkenaan akan bertambah, apabila pihak bank selesai megemas kini baki akhir akaun itu selepas proses pembekuan dibuat.

Terdahulu Mahkamah Majisteret

Shah Alam semalam, telah mengeluark­an perintah reman terhadap lima individu termasuk seorang individu awam bergelar ‘Datuk’ selama enam hari bagi membantu siasatan kes Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu Jabatan Imigresen Malaysia.

Perintah reman hingga Isnin itu terhadap ‘Datuk’ berusia 43 tahun dan empat individu lain berumur di antara 33 hingga 42 tahun itu dikeluarka­n Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil, selepas menerima permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya telah lama memperoleh maklumat berhubung sindiket pemalsuan PLKS dan mengambil keputusan menubuhkan pasukan khas, sejak pertengaha­n tahun lepas. — Bernama

 ??  ?? DIRAMPAS: Azam (dua kanan) melihat barangan rampasan yang dipamerkan ketika sidang media mengenai Ops Hacks- Sindiket Godam Sistem di Pejabat SPRM, Jalan Cochrane dekat ibu negara semalam. Turut hadir ialah Indera Khairul (tiga kanan).
DIRAMPAS: Azam (dua kanan) melihat barangan rampasan yang dipamerkan ketika sidang media mengenai Ops Hacks- Sindiket Godam Sistem di Pejabat SPRM, Jalan Cochrane dekat ibu negara semalam. Turut hadir ialah Indera Khairul (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia