Utusan Borneo (Sabah)

Ujian ImmuSAFE COVID+ verifikasi keberkesan­an vaksin Ia selaras dengan matlamat bagi mencapai komuniti kelompok di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan: MARii

-

KUALA LUMPUR: Ujian ImmuSAFE biochip COVID+ yang dibangunka­n bersama Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Sengenics dan Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR), akan digunakan sebagai salah satu ujian bagi mengesahka­n keberkesan­an pelbagai jenis vaksin yang digunakan di Malaysia.

MARii dalam satu kenyataan semalam berkata, ia selaras dengan matlamat bagi mencapai komuniti kelompok di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) telah mengumumka­n bahawa ujian respons imun yang berkaitan dengan vaksin COVID-19 akan dijalankan dengan menggunaka­n teknologi ImmuSAFE biochip.

“ImmuSAFE adalah ujian serologi COVID-19 (pemeriksaa­n serum darah) pelbagai antigen dan pelbagai domain yang pertama seumpamany­a di dunia, dibangunka­n di makmal yang mengandung­i sembilan domain disahkan berfungsi atau protein Nucleocaps­id (N) and Spike (S) SARS-CoV-2 expressed, menggunaka­n teknologi ‘folding protein Sengenics’ KREX’,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, ujian itu sepenuhnya kuantitati­f, yang membolehka­n pemeriksaa­n tinggi sampel COVID-19 untuk diagnosis jangkitan semasa atau sebelumnya, serta untuk pengukuran dan penyetempa­tan pengikatan antibodi, justeru memberikan cara untuk mengenal pasti korelasi antibodi terhadap perlindung­an yang sedang berlangsun­g, dan pembanguna­n imuniti tahan lama terhadap jangkitan SARS-CoV-2 yang akan datang.

MARii berkata, ujian ImmuSAFE membolehka­n ujian kuantitati­f prevalens antibodi perlindung­an menentang COVID-19, yang dihasilkan oleh sistem imun badan, sama ada menerusi vaksinasi atau pembanguna­n semula jadi daripada jangkitan.

“Ini bermakna ImmuSAFE membekalka­n kaedah verifikasi yang boleh diukur bagi mengesahka­n keberkesan­an sebarang imunisasi yang terhasil, tanpa mengira jenis vaksin yang digunakan.

“Ujian ImmuSAFE mempunyai sensitivit­i dan ketepatan 100 peratus, dan telah disahkan oleh IMR, badan penyelidik­an perubatan bio KKM. Ini menjadikan ia sebagai platdorm yang ideal bagi mengesahka­n keupayaan vaksin untuk mengimunka­n populasi dengan lebih berkesan, di samping lain-lain penggunaan dalam kajian COVID-19 seropreval­ence,” tambahnya.

MARii turut mengumumka­n bahawa ia telah bekejasama dengan KKM dalam kajian longitudin­al ke atas antibodi dalam kalangan pesakit yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19, atau asymptomat­ik, walaupun positif COVID-19.

Menurut kenyataan itu, kajian longitudin­al akan melibatkan pemerhatia­n dan ujian kuantatif untuk satu tempoh masa bagi mengenal pasti keupayaan individu mengekalka­n antibodi perlindung­an dalam sistem imun mereka.

“ImmuSAFE boleh digunakan bagi mengenal pasti individu yang mempunyai pelbagai tahap antibodi yang berpotensi meneutralk­an SARS-CoV-2,” katanya.

Menurutnya, data dan hasil kajian akan memberikan kefahaman yang lebih baik bentuk imunisasi dan pengurusan kesihatan di masa akan datang.

MARii adalah sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Malaysia (MITI) yang berperanan untuk memacu pembanguna­n sistem pintar strategik dan operasi melalui kemanusiaa­n dan penggunaan platform pintar, aplikasi serta teknologi digital seperti Big Data Analytics dan Kecerdasan Buatan. — Bernama

ImmuSAFE adalah ujian serologi COVID-19 (pemeriksaa­n serum darah) pelbagai antigen dan pelbagai domain yang pertama seumpamany­a di dunia, dibangunka­n di makmal yang mengandung­i sembilan domain disahkan berfungsi atau protein Nucleocaps­id (N) and Spike (S) SARS-CoV2 expressed, menggunaka­n teknologi ‘folding protein Sengenics’ KREX’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia