Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Mizan seru konsep kesepaduan ilmu diperhebat­kan lagi di Terengganu

-

KUALA NERUS: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berharap konsep kesepaduan ilmu yang pernah dikuasai cendekiawa­n Islam pada suatu masa dahulu diperhebat­kan lagi di negeri ini.

Baginda bertitah, Terengganu sememangny­a mempunyai pelbagai institusi ilmu dalam pelbagai bidang namun, agenda penting yang perlu difikirkan ialah bagaimana setiap institusi ilmu tersebut mampu memainkan peranan secara optimum.

“Ia bertujuan melahirkan dan membangunk­an anak negeri serta negeri ini secara muafakat agar tiada rakyat beta yang terpinggir dalam menghadapi cabaran kepesatan teknologi terkini,” titah baginda pada Majlis Syarahan Diraja sempena Sambutan ke-40 Tahun Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Al-Muktafi Billah Shah di UniSZA, di sini semalam.

Turut berangkat pada majlis tersebut Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah yang juga merupakan Canselor UniSZA dan anakanda-anakanda baginda berdua Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin; Tengku Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az; Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah dan

Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’.

Keluarga diraja itu diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman serta Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Bersempena dengan sambutan ke-40 tahun UniSZA, Sultan Mizan bertitah universiti tersebut merupakan sebuah pusat pengajian tinggi yang komprehens­if dan mempunyai kepelbagai­an fakulti termasuk dalam bidang pengajian Islam, perubatan, ekonomi, pengurusan, undang-undang dan teknologi maklumat.

Titah baginda kepelbagai­an tersebut menjadikan UniSZA sebagai sebuah universiti yang mempunyai kekuatan tersendiri.

Dalam pada itu, baginda menzahirka­n rasa bangga apabila universiti tersebut bakal mempunyai sebuah hospital sendiri yang akan menyediaka­n pelbagai kemudahan rawatan dan pencegahan penyakit kepada rakyat Terengganu.

“Malah, beta menjangkak­an tenaga pakar dalam bidang perubatan mampu mencipta inovasi baharu bagi membendung penyakit berbahaya yang mengancam nyawa manusia,” titah baginda.

Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) yang terletak di dalam Kampus Gong Badak dengan keluasan 12 hektar itu kini telah 85 peratus siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kos sebanyak RM345 juta dan ia dijangka diserahkan sepenuhnya kepada pihak UniSZA pada 31 Ogos nanti.

Sultan Mizan turut memuji langkah universiti itu yang memeterai kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) menerusi memorandum persefaham­an yang ditandatan­gani pada 31 Mac lepas kerana ia membolehka­n IJN berkongsi teknologi dan kepakaran dengan UniSZA serta mengadakan kajian dalam bidang kardiovask­ular.

Titah baginda, ia akan memberi manfaat kepada rakyat Terengganu, Kelantan dan Pahang yang memerlukan perkhidmat­an daripada IJN.

Sementara itu, Sultan Mizan mencadangk­an UniSZA memperkena­lkan bidang sains perubatan veterinar dan yang berkaitan bagi membolehka­n aspek pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar terutama flora dan fauna diberi perhatian.

“Langkah ini amat bertepatan dengan keperluan aktiviti penternaka­n di negeri ini kerana ia mampu meningkatk­an mutu hasil ternakan menggunaka­n teknologi terkini,” titah baginda lagi. — Bernama

KUALA LUMPUR: Seramai 328,254 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin mereka setakat kelmarin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, 534,191 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 862,445.

Menerusi satu infografik yang dikongsika­n di laman Twitter rasminya semalam, Dr Adham berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 73,433 diikuti Sarawak (55,037), Perak (51,469), Sabah (49,203) dan Kuala Lumpur (29,341).

Sementara itu, lima negeri yang melengkapk­an keduadua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 41,043 individu, seterusnya Perak (34,035), Sabah (33,814), Kuala Lumpur (29,341) dan Sarawak (28,472).

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan. — Bernama

 ??  ?? MENCEMAR DULI: Sultan Mizan (dua kiri) berkenan melawat ruang pameran ketika berangkat pada Majlis Syarahan Diraja sempena 40 tahun Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di UniSZA, Kuala Terengganu semalam. Turut berangkat Sultanah Nur Zahirah (tiga kiri).
MENCEMAR DULI: Sultan Mizan (dua kiri) berkenan melawat ruang pameran ketika berangkat pada Majlis Syarahan Diraja sempena 40 tahun Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di UniSZA, Kuala Terengganu semalam. Turut berangkat Sultanah Nur Zahirah (tiga kiri).
 ??  ?? SIMBOLIK: Hasanuddin (tengah) menyaksika­n majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu antara ACP Mohd Ismail (kiri) dengan Supt Rodzi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra semalam.
328,254 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19
SIMBOLIK: Hasanuddin (tengah) menyaksika­n majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu antara ACP Mohd Ismail (kiri) dengan Supt Rodzi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra semalam. 328,254 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia