Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan konkrit di Kampung Rampangi Skim siap sepenuhnya

-

LIMBANG: Kerajaan negeri melalui Jabatan Bekalan Air LuarBandar(JBALB)diminta menaik taraf tujuh lagi tangki air yang rosak di Loji Rawatan Air Kampung Limpaku Pinang bagi memastikan masalah gangguan bekalan air di kampung itu tidak berterusan.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah berkata, hanya dua tangki yang menampung bekalan air bagi kampung pesisir laut itu sedang dibaiki jabatan itu.

Jelasnya, sistem loji rawatan air terawat di kampung itu bukan projek baharu tetapi sudah bermula pada 2010 untuk membina tangki air aras tinggi dan sistem rawatan menggunaka­n klorin yang dijana melalui kuasa sistem solar.

“Permasalah­an yang dihadapi sekarang melibatkan kerosakan tujuh lagi tangki yang digunakan untuk menyimpan sumber bekalan air bagi menampung keperluan penduduk di kawasan itu.

“Tender sudah dibuka untuk kontraktor membaiki semula kerosakan melibatkan hanya dua tangki,” katanya ketika ditemui pada lawatan ke loji rawatan air terawat di Kampung Limpaku Pinang baru-baru ini.

Mengiringi beliau ialah Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said dan Ketua Kampung Simatziman Sapar.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata lagi, oleh itu kerajaan negeri melalui JBALB perlu menaik taraf tujuh lagi tangki air yang digunakan di kampung itu.

Jelasnya, Limpaku Pinang berpotensi dijadikan sebagai produk pelanconga­n domestik di daerah berkenaan.

Keyakinan itu disuarakan Menteri Pelanconga­n Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri pada lawatannya ke Limbang Mac lalu.

Selain menawarkan keindahan semula jadi dan aktiviti harian nelayan oleh penduduk setempat, Kampung Limpaku Pinang berpotensi tinggi dijadikan sebagai antara produk pelanconga­n berdasarka­n kedudukann­ya yang strategik di Kuala Limbang iaitu kawasan Teluk Brunei.

Hasbi berkata, banyak lagi projek pembanguna­n dilaksanak­an di kampung itu khususnya melalui Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) bagi menghubung­kan kampung itu dan Kampung Bulantak yang pada masa ini hanya melalui jalan sungai yang mengambil masa 30 minit perjalanan.

KUCHING: Jambatan konkrit di Kampung Rampangi Skim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai yang menelan kos sebanyak RM505,000 kini siap sepenuhnya dan selamat untuk kegunaan masyarakat.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia merupakan sebuah lagi Projek Rakyat selain pembinaan titian konkrit Lorong Haji Suhaili dan jambatan konkrit Jalan Pulau Keladi di Kampung Buntal.

“Projek ini melibatkan penggantia­n daripada struktur kayu kepada konkrit sepanjang 18 meter,” katanya selepas penyerahan Projek Rakyat di Kampung Rampangi Skim di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, jambatan kayu itu sebelum ini telah wujud sejak 20 tahun lepas.

Menurut beliau, keadaan jambatan kayu itu agak uzur dan membahayak­an masyarakat yang melaluinya.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungja­wab kita menggantik­an jambatan kayu ini dengan yang lebih bagus (jambatan konkrit) apatah lagi ia merupakan kemudahan penting untuk masyarakat sekitar.

“Maka itu, penduduk amat gembira dengan siapnya projek yang memudahkan mereka berulang-alik,” ujarnya.

Beliau berkata, pembinaan jambatan itu merupakan salah satu daripada tiga Projek Rakyat di kawasan Dewan

Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Dua lagi projek melibatkan titian kayu di Lorong Haji Suhaili dan jambatan konkrit di Jalan Pulau Keladi Kampung Buntal.

Dr Abdul Rahman turut berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang meluluskan Projek Rakyat dalam kawasan DUN Pantai Damai.

Turut hadir Penghulu Santubong Suhaili Kipli dan Ketua Kampung Rampangi Skim Rashidin Panji.

 ??  ?? NAIK TARAF: (Dari tiga kiri) Superi dan Hasbi serta yang lain ketika melawat Loji Rawatan Air Kampung Limpaku Pinang, Limbang, baru-baru ini.
NAIK TARAF: (Dari tiga kiri) Superi dan Hasbi serta yang lain ketika melawat Loji Rawatan Air Kampung Limpaku Pinang, Limbang, baru-baru ini.
 ??  ?? SIAP: Dr Abdul Rahman semasa penyerahan Projek Rakyat di Kampung Rampangi Skim semalam.
SIAP: Dr Abdul Rahman semasa penyerahan Projek Rakyat di Kampung Rampangi Skim semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia