Utusan Borneo (Sabah)

Malcom, Simoi terima suntikan dos kedua vaksin COVID-19

-

SRI AMAN: Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Datuk Malcom Mussen Lamoh dan ADUN Lingga Simoi Peri antara orang kenamaan yang menerima suntikan dos kedua vaksin di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Dewan Suarah Sri Aman dekat sini, kelmarin.

Mereka antara 234 orang yang menerima vaksin PfizerBioN­Tech di Sri Aman.

Dalam pada itu, Simoi menasihati masyarakat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga agar tidak mendengar sebarang khabar angin yang menyatakan vaksin tersebut berbahaya dan mendatangk­an kemudarata­n.

Menurut Simoi, tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi diri dan mengurangk­an kebolehjan­gkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

“Saya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada kerajaan menerusi Kementeria­n Kesihatan kerana memberikan suntikan vaksin percuma ini kepada 80 peratus daripada populasi penduduk iaitu 26.5 juta orang,” ujarnya.

 ??  ?? SELESA: Malcom (kiri) dan Simoi semasa menerima suntikan dos kedua vaksin di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Dewan Suarah Sri Aman, kelmarin.
SELESA: Malcom (kiri) dan Simoi semasa menerima suntikan dos kedua vaksin di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Dewan Suarah Sri Aman, kelmarin.
 ??  ?? TURUN PADANG: Harden (tengah) meninjau pelaksanaa­n projek berkenaan di Taman Gamang kelmarin.
TURUN PADANG: Harden (tengah) meninjau pelaksanaa­n projek berkenaan di Taman Gamang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia