Utusan Borneo (Sabah)

Bagasi hitam, merah ditarik keluar dari aras pejabat Hasanah

-

KUALA LUMPUR: Beberapa pegawai tadbir dan diplomatik Bahagian Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri (JPM), dilihat menarik beberapa bagasi pelbagai saiz berwarna hitam dan merah keluar masuk, dari aras yang menempatka­n pejabat bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Ab Hamid dan timbalan-timbalanny­a.

Ini berdasarka­n beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada 163 fail rakaman CCTV yang ditayangka­n hampir satu jam di Mahkamah Tinggi semalam, pada perbicaraa­n kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapi Hasanah, yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyelidik­an JPM.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Farid Ahmad Kamal mengemukak­an rakaman CCTV, ketika pemeriksaa­n utama terhadap Pegawai Siasatan di Bahagian Forensik Teknologi Ibu Pejabat SPRM, Badri Azni, 37.

Rakaman itu menunjukka­n beberapa orang lelaki menarik keluar dan masuk beberapa bagasi melalui lif di aras satu, aras tujuh, dan anjung kereta,

Blok B4, JPM pada 30 Apr dan 9 Mei 2018.

Bagaimanap­un, mahkamah tidak diberitahu mengenai kandungan bagasi-bagasi berkenaan.

Ketika disoal balas peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili Hasanah, adakah tertuduh (Hasanah) dilihat dalam ratusan fail rakaman yang ditunjukka­n di mahkamah semalam, Badri, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan itu menjawab: “Tiada”.

Sementara itu, bekas polis bantuan JPM Norrashid Mahmud, 59, berkata berdasarka­n rakaman-rakaman tersebut, beliau mengenali kesemua individu yang dipaparkan menerusi rakaman CCTV berkenaan.

“Mereka adalah pegawai tadbir dan diplomatik di Blok 4, JPM (Bahagian Penyelidik­an),” katanya ketika ditanya soalan tambahan semasa pemeriksaa­n utama oleh TPR Mohd Fairuz Johari, pada hari keenam perbicaraa­n kes tersebut.

Ketika membacakan penyataan saksinya, Norrashid yang juga saksi pendakwaan kesembilan berkata, beliau mengenali semua pegawai serta kakitangan di bahagian berkenaan, kerana telah bertugas lebih 20 tahun sebelum bersara pada 20 Okt tahun lepas.

Pada 25 Okt 2018, Hasanah, 64, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri, melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidik­an, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n di Putrajaya, antara 30 April hingga 9 Mei 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bersambung pada 12 April ini (Isnin).

Namun pihak media dan orang awam tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah pada 12 hingga 16 April bagi mendengar keterangan 11 saksi pendakwaan yang dijalankan secara tertutup, kerana ia melibatkan isu keselamata­n negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia