Utusan Borneo (Sabah)

Kes rogol ADUN: Saksi sahkan terdapat dua kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa

-

NIBONG TEBAL: Dua anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) yang berjaya menumpaska­n satu sindiket pengedaran dadah bernilai RM18.43 juta pada Februari lepas di Juru, dekat sini dinaikkan pangkat secara khas ke jawatan sarjan.

Simon Pasang Anak Kana, 33, dan Muhamad Shahilmi Shahadan, 30, sebelum ini berpangkat koperal serta bertugas di URB Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Muhamad Shahilmi berkata, kenaikan pangkat itu bukan sahaja pembakar semangat kepada beliau malah anggota lain juga untuk terus berkhidmat dan dapat memberikan perkhidmat­an terbaik dan berintegri­ti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Masa mula-mula dimaklumka­n mengenai kenaikan pangkat (ke sarjan) memang sangat terkejut dan saya bersyukur diberikan peluang untuk kenaikan itu, rezeki untuk isteri dan tiga anak lelaki saya...kalau ikutkan saya memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi untuk ke jawatan tersebut.

“Saya berharap dengan kenaikan pangkat ini akan terus menyuntik semangat bekerja dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat yang disempurna­kan oleh Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim di sini semalam.

Simon Pasang pula berkata, beliau dan Muhammad Shahilmi berkhidmat dalam PDRM sejak 10 tahun lepas serta kejadian pembongkar­an sindiket pengedaran dadah itu merupakan kenangan manis kepadanya malah tidak menyangka akan menerima kenaikan pangkat sarjan. — Bernama

IPOH: Pakar Sakit Puan dan Ibu Hamil Jabatan Obstektrik dan Ginekologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Dr Nilawati Isha mengesahka­n bahawa terdapat dua kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa kes rogol pembantu rumah membabitka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong.

Beliau memaklumka­n perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed di sini semalam ketika pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi.

“Daripada pemeriksaa­n, saya mendapati berlaku koyakan baharu pada selaput dara, juga terdapat kesan geseran iaitu kesan kemerahan, juga di bahagian paling bawah pada kemaluan,” katanya.

Beliau berkata, koyakan pada selaput dara boleh disebabkan oleh kemasukan objek tumpul atau organ seperti kemaluan lelaki dan jari manakala koyakan baharu bermaksud ia berlaku dalam tempoh kurang daripada 72 jam ketika mangsa diperiksa.

Katanya, pemeriksaa­n itu dilakukan pada jam 12.30 tengah malam 9 Julai 2019 manakala kejadian rogol didakwa berlaku pada 7 Julai 2019 antara 8.15 malam dan 9.15 malam.

Dr Nilawati turut memaklumka­n kesan koyakan dan geseran pada kemaluan mangsa boleh dihasilkan dengan cara konsensual atau paksaan, namun tiada masa spesifik ia boleh berlaku.

Beliau juga bersetuju berdasarka­n sejarah warga Indonesia berusia 24 tahun itu, mangsa pernah melakukan seks dengan teman lelakinya pada 2018 semasa disoal balas oleh peguam Salim Bashir yang mewakili Yong.

Peguam itu kemudian mencadangk­an bahawa koyakan juga boleh berlaku akibat masturbasi dan saksi tersebut bersetuju.

Yong, 51, yang didakwa merogol mangsa di kediamanny­a di Meru Desa Park, pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Kes itu kemudian dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutua­n membenarka­n permohonan pembelaan. — Bernama

 ??  ?? PECAH AMANAH: Hasanah meninggalk­an Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraa­n kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapiny­a, didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh di Kuala Lumpur, semalam.
PECAH AMANAH: Hasanah meninggalk­an Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraa­n kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapiny­a, didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia