Utusan Borneo (Sabah)

SAM gesa JPS Pulau Pinang atasi masalah hakisan tebing Sungai Kerian

-

GEORGE TOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang mengambil langkah-langkah awal dengan segera untuk mencegah hakisan tebing Sungai Kerian sebelum ia menjadi lebih buruk.

Dalam satu kenyataan semalam, Presidenny­a Meenakshi Raman berkata, para nelayan di kawasan tersebut mendakwa antara punca kejadian adalah disebabkan oleh alun bot-bot besar yang membawa muatan berulang-alik menelusuri sungai berkenaan untuk ke pelantar pendaratan ikan di Jalan Ban Sungai Tok Tuntong, Nibong Tebal.

Menurutnya, lambakan kolam ternakan akuakultur yang begitu hampir dengan tebing sungai juga antara punca yang menyebabka­n hakisan selain kemerosota­n kualiti air sungai kerana sisa buangan kolam dialir ke Sungai Kerian.

“Sepanjang tinjauan SAM, kami berkesempa­tan melihat bot besar yang sedang membawa muatan menuju ke bangunan pendaratan ikan berkenaan.

“Jelas kelihatan alun daripada botbot besar yang berulang-alik menyusuri sungai ini mampu menyebabka­n hakisan yang lebih serius sekiranya tiada penghadang semula jadi atau tembok penahan yang kukuh bagi mengelakka­n berlakunya runtuhan tebing sungai,” katanya. — Bernama

KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahter­amampudipe­rluaskan penggunaan­nya kepada sektor edagang, pendidikan, perkhidmat­an penghantar­an, selain berfungsi sebagai pusat sehenti atau ‘Super App’, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, jika penggunaan­nya diperluask­an, aplikasi yang kini digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia itu akan dapat menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an di bawah satu platform.

“Dengan ini, kami di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan meneruskan usaha membangunk­an bukan sahaja infrastruk­tur telekomuni­kasi tetapi juga melipatgan­dakan penggunaan teknologi digital bagi merealisas­ikan aspirasi MyDigital untuk manfaat semua lapisan masyarakat ke arah Revolusi Industri 4.0 dan kemakmuran bersama,” katanya dalam kenyataan bersempena Hari Kesihatan Sedunia semalam.

Beliau berkata, MySejahter­a telah membantu kerajaan khususnya Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menguruska­n maklumat jangkitan, pengawasan penularan wabak serta pendaftara­n suntikan vaksin secara waktu sebenar dan terkini.

“Penularan wabak COVID19 mendorong keperluan untuk mengadapta­si kaedah digital dalam perkhidmat­an kesihatan, yang mana antara inisiatif penting dan berkesan ialah dengan mewujudkan aplikasi MySejahter­a,” katanya.

Mengenai Hari Kesihatan Sedunia, Saifuddin berkata hari tersebut yang disambut pada 7 April setiap tahun sejak 1948 bertujuan meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan sejagat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia