Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Zahid nafi wujud perbualan dengan Anwar seperti rakaman audio

-

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menafikan terdapatny­a perbualan di antara beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti dalam rakaman audio yang tersebar baru-baru ini.

Beliau yang kecewa dan terkejut dengan penyebaran audio berkenaan berkata, pegawainya akan segera membuat laporan polis bagi membolehka­n siasatan dilakukan, untuk mengenal pasti dalang di sebalik perkara itu.

“Saya menafikan sekerasker­asnya mengenai adanya perbualan sebagaiman­a dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpuna­n Agung UMNO baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menyifatka­n perkara itu sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik, yang mengesahka­n usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancur­kan UMNO.

Ahmad Zahid berkata, sebagai Presiden UMNO beliau tidak akan mencabuli dan membelakan­gi ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dan Perhimpuna­n Agung parti itu.

Audio perbualan di antara dua individu yang dikatakan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tersebar di media sosial dan blog baru-baru ini, didakwa berlaku selepas Perhimpuna­n Agung UMNO. — Bernama

 ??  ?? KES ROGOL: Yong hadir pada hari ketiga perbicaraa­n kes rogol pembantu rumah membabitka­nnya di Mahkamah Tinggi di Ipoh, semalam.
KES ROGOL: Yong hadir pada hari ketiga perbicaraa­n kes rogol pembantu rumah membabitka­nnya di Mahkamah Tinggi di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia