Utusan Borneo (Sabah)

Tapir jantan ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan

-

JOHOR BAHRU: Seekor tapir jantan ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Sedili-Tenggaroh dekat Kota Tinggi, kelmarin, insiden kedua membabitka­n mamalia itu di negeri ini dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor

Salman Saaban berkata, bangkai tapir dewasa seberat 250 kilogram itu ditemui pada kira-kira jam 10.40 pagi oleh orang awam.

“Dipercayai tapir jantan itu mati akibat dilanggar kenderaan berat kerana tiada sebarang serpihan kenderaan yang berkenaan ditemui di lokasi dan kejadian disyaki berlaku pada sebelah malam atau awal pagi hari berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Salman, pada 27 Mac lepas, seekor tapir jantan seberat 300kg ditemui mati di Jalan Mersing-Jemaluang berdekatan Institut Latihan Perindustr­ian Mersing, juga dipercayai akibat dilanggar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia