Utusan Borneo (Sabah)

Federer dijangka bermain di permukaan tanah liat pada Terbuka Madrid

-

MADRID: Bintang tenis Switzerlan­d, Roger Federer, dijangka akan bermain perlawanan pertama beliau di permukaan tanah liat untuk hampir dua tahun pada kejohanan Terbuka Madrid bulan hadapan.

Pemain berusia 39 tahun itu disenaraik­an antara pemain yang mendaftar untuk kejohanan yang akan berlangsun­g dari 2 hingga 9 Mei di Madrid.

Federer baru-baru ini kembali beraksi di Terbuka Qatar di Doha selepas 13 bulan berehat panjang ekoran dua pembedahan lutut tahun lepas. Beliau tewas di pusingan kedua dan kemudian menarik diri pada kejohanan seterusnya di Dubai.

Beliau hanya menang satu dari 20 kejuaraan Grand Slam di permukaan tanah liat, apabila memenangi Terbuka Perancis pada 2009.

Beliau hanya bermain sekali pada lima edisi terakhir Terbuka Perancis, apabila melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan pada 2019. — AFP

 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia