Utusan Borneo (Sabah)

AS mahu berbincang desakan boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkata pada Selasa bahawa ia akan berbincang desakan untuk memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing bersama sekutunya selepas tekanan semakin meningkat untuk satu boikot atas dasar hak asasi manusia.

“Ia sesuatu yang kami sememangny­a mahu bincangkan,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price apabila ditanya jika AS akan menimbangk­an satu boikot bersama-sama sekutunya.

Bagaimanap­un, beliau kemudian menegaskan bahawa AS tidak “mempunyai sebarang pengumuman berkaitan Olimpik Beijing,” ketika membuat ciapan di Twitter bahawa “2022 masih jauh tetapi kami akan terus mendapat perbincang­an sekutu dan rakan kongsi untuk menjelaska­n kerisauan bersama dan mewujudkan pendekatan yang sama.”

Aktivis dan ahli politik dari Parti Republikan semakin mendesak untuk satu boikot Sukan Olimpik musim sejuk itu kerana apa yang aktivis dakwa penganiaya­an lebih satu juta etnik Uighurs dan kebanyakan penduduk beragama Islam di rantau barat, Xinjiang.

“Apabila ia melibatkan kerisauan dengan kerajaan Beijing, termasuk pencabulan hak asasi manusia oleh Beijing – dengan melakukan penghapusa­n etnik dalam kes Xinjiang,” kata Price.

China mengutuk desakan boikot dan menafikan sebarang penghapusa­n etnik dengan berkata mereka menyediaka­n kem latihan vokasional kepada etnik minoriti untuk mengurangk­an fahaman melampau Islam. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia