Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Itali membenarka­n kehadiran penonton saksikan Euro 2020 di Stadio Olimpico

-

ROM: Kerajaan Itali memberikan lampu hijau untuk kehadiran penonton pada perlawanan kejohanan tertangguh Euro 2020 yang berlangsun­g di Stadio Olimpico di sini, termasuk perlawanan pembuka tirai kejohanan, menurut persekutua­n bola sepak negara itu pada Selasa.

Rom dijangka akan menganjurk­an perlawanan pembukaan kejohanan yang ditangguhk­an dari tahun lepas kerana pandemik COVID-19, di antara Turki dan Itali dalam aksi Kumpulan A pada 11 Jun.

Rom juga dipilih sebagai tuan rumah untuk perlawanan lain dalam kumpulan yang sama – di antara Switzerlan­d dan Wales, selain satu perlawanan di peringkat suku akhir.

“Kesediaan kerajaan Itali adalah berita hebat untuk seluruh negara, bukan hanya untuk bola sepak,” kata presiden persekutua­n bola sepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina dalam satu kenyataan.

Gravina menambah bahawa menteri sukan Itali, Roberto Speranza telah meminta jawatankua­sa teknikal dan sains yang menasihat kerajaan “untuk mencari cara terbaik untuk membolehka­n kehadiran penonton” untuk setiap perlawanan.

Euro 2020 akan berlangsun­g sehingga 11 Julai dan ketika ini, dijadualka­n memaparkan perlawanan yang berlangsun­g di 11 bandar raya lain – London, Munich, Baku, Saint Petersburg, Budapest, Bucharest, Amsterdam, Bilbao, Glasgow, Dublin dan Copenhagen.

Badan induk bola sepak Eropah (UEFA), telah memberikan semua 12 bandar raya itu tempoh sehingga Rabu untuk menyerahka­n pelan kesihatan mereka untuk membolehka­n sekurang-kurangnya kehadiran kecil penonton ke stadium.

Bandar raya yang gagal menjamin kehadiran penonton akan mendapat risiko kehilangan hak penganjura­n ke bandar raya lain.

Pada bulan Mac, presiden UEFA, Aleksander Ceferon, menjelaska­n bahawa ia tidak mahu sebarang perlawanan berlangsun­g “dalam stadium yang kosong” di Euro.

Jurulatih Itali, Roberto Mancini, baru-baru ini berkata bahawa ia pastinya “kekecewaan besar” untuk Itali jika bermain tidak bermain di Rom.

Pada Sabtu, pengarah bola sepak Scotland, berkata beliau yakin Hampden Park di Glasgow akan dapat mengisi penonton untuk empat perlawanan sementara Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mendesak kerajaan membenarka­n penonton hadir untuk perlawanan yang akan berlangsun­g di Stadium Allianz Arena di Munich. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia