Utusan Borneo (Sabah)

Misbun menegaskan kedua-dua pemain badminton negara tersebut ada persamaan

- Chong Wei jersi kuning.

KUALA LUMPUR: Juara perseorang­an lelaki All England 2021 Lee Zii Jia mempunyai persamaan dengan bekas pemain nombor satu dunia dan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, kata legenda badminton tanah air Datuk Misbun Sidek.

Pengarah Teknikal skuad badminton remaja negara itu berkata persamaan tersebut dapat dilihat dari segi keupayaan serta karisma Zii Jia, 23, selain pembawaan dirinya dalam meniti kerjaya menjadi seorang pemain terbaik di persada dunia.

“Kalau pada usia muda macam ni, dengan pukulan padu dan kuat, cara dia menerima tekanan di pertanding­an besar, ini baru dua kali dia bermain di All England. Tahun lepas dia dapat masuk ke separuh akhir

LEGENDA NEGARA:

dan tahun ini jadi juara.

“Jadi ciri-ciri dan karisma (yang ada pada Chong Wei) itu ada (pada dirinya), cara dia membawa dirinya (seperti Chong Wei) memang ada,” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Negara semalam selepas menghadiri jamuan teh bersama skuad All England 2021 negara.

Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h semalam berkenan meraikan skuad negara ke Kejuaraan All England 2021 dalam Majlis Jamuan Teh di Istana Negara.

Zii Jia mencipta sensasi dalam arena badminton negara selepas merangkul gelaran sulung All England bulan lepas dengan menumbangk­an nama besar badminton seperti pemain nombor satu dunia dari Jepun Kento Momota pada suku akhir sebelum menewaskan juara bertahan dari Denmark Viktor Axelsen pada final.

“Tetapi sekarang ini bagaimana nak membentuk dia (Zii Jia) ke arah yang lebih tangkas dan jitu lagi dari

Jadi ciri-ciri dan karisma (yang ada pada Chong Wei) itu ada (pada dirinya), cara dia membawa dirinya (seperti Chong Wei) memang ada.

keseluruha­n aspek. Maksudnya dari segi fizikal, teknik, taktikal, mental dan deria rasanya,” kata Misbun.

Selaku individu bertanggun­gjawab mencungkil bakat serta membentuk Chong Wei dan Zii Jia, Misbun berpendapa­t Zii Jia perlu memberi tumpuan bagi meningkatk­an aspek kecergasan fizikal untuk menjadi seorang pemain yang lebih stabil dalam kesemua kejohanan peringkat tertinggi. — Bernama

 ??  ?? ZII JIA
ZII JIA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia