Utusan Borneo (Sabah)

Aguwell/Carlester juara Beregu Lelaki B15 Kejohanan AEON Cerdit Purple League Junior 2020

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Aguwell Andrew, pamain kelahiran Kota Marudu yang berpasanga­n dengan Carlester Cleve James dari Kota Kinabalu menjuarai kategori Beregu Lelaki Bawah 15 Tahun pada Kejohanan AEON Cerdit Purple League Junior 2020 baru-baru ini.

Pasangan di bawah naungan Persatuan Badminton Sabah (SBA) dan mewakili DSBC Labuan ini menewaskan pasangan daripada Club AKSC iaitu Gerard Liau Jia Yit/Goh Shao Tang 3-1 pada saingan akhir yang berlangsun­g di Dewan Sixbase Sports Arena Kampar Perak.

Selaku juara mereka membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM1,000.00.

Seramai 500 orang pemain daripada 40 kelab badminton menyertai kejohanan yang berlangsun­g pada 31 Mac hungga 4 April dan menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM26,400.00 berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Pasukan DSBC Labuan Dato Sri Goh Sin Han mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pasangan Aguwell Andrew dan Carlester Cleve James di atas kejuaraan yang diraih.

Katanya kemenangan ini merupakan satu kebanggaan bagi DSBC Labuan.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada pemain yang berjaya melangkah ke separuh akhir antaranya Marcella Andrew bagi acara Perseorang­an Perempuan Bawah 18 Tahun, Goh Shuen Tong/ Quinton Yap (Beregu Campuran B18 Tahun), Demond Anthny/Naldo Fong Kuo Yoong (Beregu Lelaki B18 Tahun) dan Calister Clave James (Perseorang­an Lelaki B15 Tahun).

"Tahniah juga kepada kelab-kelab badminton di daerah Kota Marudu, Kota Kinabalu, Kota Belud dan SBA kerana mampu melahirkan bakat-bakat baharu badminton dan seterusnya mampu barsaing dengan pemain dari kelab-kelab badminton ternama di semenanjun­g.

"Ini merupakan pencapaian yang sungguh membanggak­an," jelasnya.

Beliau mengharapk­an agar pihak BAM memberikan peluang kepada pemain-pemain ini ditawarkan ke ABM agar bakat mereka dapat diasah.

 ??  ?? JUARA: Aguwell (kiri) dan Carlester bersama hadiah juara Beregu Lelaki Bawah 15 Tahun Kejohanan AEON Cerdit Purple League Junior 2020.
JUARA: Aguwell (kiri) dan Carlester bersama hadiah juara Beregu Lelaki Bawah 15 Tahun Kejohanan AEON Cerdit Purple League Junior 2020.
 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Barisan pemain pasukan DSBC Labuan merakamkan album kenangan.
MEMBANGGAK­AN: Barisan pemain pasukan DSBC Labuan merakamkan album kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia